VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 04/01/2009

Perubahan positif RTM

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) merupakan pelopor dunia penyiaran negara sejak lebih 60 tahun lalu dan sentiasa mengalami perubahan untuk memperbaiki mutu penyiaran. Terbaru, saluran RTM1 dikenali sebagai TV1 menjadi saluran berita dan informasi selaras dengan penstrukturan semula saluran RTM mulai 1 Januari 2009 yang lalu.

Sesuai dengan tema 'informasi', TV1 menjadi saluran yang menyiarkan 49 siaran berita sehari dan program lain berbentuk informasi seperti bual bicara, dokumentari dan lain-lain.

Sementara itu, RTM2 dikenali sebagai TV2 dengan temanya 'Dunia Ria' pula menyajikan pelbagai program lain termasuk hiburan, filem, drama untuk tontonan semua lapisan masyarakat.

Penstrukturan semula saluran-saluran ini dikatakan menjadi langkah awal RTM untuk melahirkan saluran khusus yang akan menjadi ikutan dalam dunia penyiaran sekarang.

Bagi pengacara rancangan TV1, Panorama, Haslina Mohd Shamsuddin atau lebih dikenali Vena, 31, penstrukturan RTM ini merupakan anjakan paradigma kepada kakitangan RTM menghasilkan sesuatu yang baik.

"Dokumentari yang hangat disiarkan di TV1 manakala TV2 menyiarkan program yang santai. Ia sebenarnya trend penyiaran yang baik.

"Saya sendiri pada tahun ini akan cuba melakukan yang terbaik. Saya akan bekerja keras agar Panorama diterima penonton pada tahun ini," katanya.

Namun, di sebalik perubahan yang positif itu, Vena sedikit kecewa dengan perubahan tempoh masa rancangan tersebut.

"Sebelum ini, Panorama ditayangkan selama sejam dan tahun ini, ia dipendekkan setengah jam. Secara peribadi, saya merasakan penonton hanya mendapat sedikit maklumat jika waktu siaran terlalu singkat. Mungkin pada masa akan datang, ia boleh dipanjangkan semula," jelas gadis yang berasal dari Johor ini.

Sebagai kakitangan yang sudah lima tahun berkhidmat dengan RTM, Vena mengharapkan Panorama akan menerima lebih banyak anugerah penghargaan tahun ini.

" Pada tahun lepas, Panorama telah memenangi anugerah program televisyen kategori majalah terbaik untuk Anugerah Seri Angkasa," jelasnya.

Rancangan dokumentari Panorama akan disiarkan setiap hari Khamis di TV1 pada pukul 11.30 malam.

Sementara itu, bekas penerbit Panorama, Rosli Mohd Nordin, 32 yang kini bertugas di Unit Berita Ehwal Semasa berpendapat, penonton perlu memberi peluang kepada RTM untuk buktikan perubahan ini sebagai langkah proaktif meningkatkan mutu persembahan berita RTM.

"Sekarang ini terlalu awal untuk membuat penilaian tetapi pada pengamatan saya, TV1 sudah mempunyai perubahan grafik, montaj yang lebih baik. Setakat ini, perubahan ini mendapat reaksi yang baik," jelasnya.

Dalam pada itu, Rosli berharap penonton jangan terlalu membandingkan RTM dengan stesen TV swasta yang lain.

"Di RTM, kami mengutamakan kualiti kerja. Bagi saya yang bertugas sebagai wartawan, glamor itu bukan keutamaan tetapi menghasilkan kerja yang berkualiti itu paling penting. Konsep inilah yang ingin ditonjolkan di RTM," katanya.

Selain bertugas sebagai penyampai berita, Rosli juga menjadi perantara Eksklusif @ 1 yang disiarkan setiap hari Khamis pukul 4.30 petang.

Program 30 minit ini mengupas pelbagai topik semasa seperti kepincangan dalam sosial, pencemaran alam, bencana alam dan lain-lain.

"Setakat ini, kami telah disiarkan buat pertama kali pada satu januari lalu dengan mengetengahkan isu tanah runtuh Bukit Antarabangsa," ungkapnya yang berazam memperbaiki kualiti kerja pada tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.