VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 03/01/2009

Murid luar bandar cemerlang


Guru Besar SK Felda Sungai Sibol, Zainuddin Abu Bakar (dua dari kiri) bersama pelajar cemerlang sekolahnya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar UPSR 2008 di Dewan Terbuka Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa, Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 2 Jan. - Tinggal di kawasan luar bandar tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan persekolahan.

Baru-baru ini, seramai 191 murid dari kawasan Tenggara diraikan mereka mampu mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Malahan mereka yang diraikan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar UPSR 2008 Parlimen Tenggara di sini menganggap kejayaan itu adalah salah satu langkah meraih kejayaan lebih besar pada masa akan datang ke arah membina masa depan cemerlang.

Mereka adalah murid dari 17 sekolah kebangsaan (SK) termasuk lima sekolah jenis kebangsaan (SJK) dalam Parlimen Tenggara yang menerima penghargaan dalam majlis anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Parlimen Tenggara itu dengan dihadiri lebih 800 warga sekolah dan ibu bapa serta tetamu.

Ia juga bertujuan memberi rangsangan kepada para pelajar untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang dan sebagai dorongan semangat kepada para pelajar UPSR tahun 2009 untuk mencatat kejayaan lebih cemerlang.

Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pencapaian pelajar di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dalam setiap peperiksaan menunjukkan kemajuan membanggakan kerana terdapat banyak perubahan positif berbanding dahulu.

"Ia antaranya banyak didorong oleh kemajuan prasarana yang disediakan oleh kerajaan terutamanya dalam aspek pendidikan dan kegigihan guru-guru dan ibu bapa," katanya.

Beliau berkata demikian sebelum menyampaikan sumbangan wang tunai RM100, sijil dan sebuah kalkulator setiap seorang kepada murid-murid cemerlang itu di Dewan Terbuka SJK Cina Pei Hwa, Kota Tinggi di sini baru-baru ini.

SK Taman Kota Jaya, SK Felda Sungai Sibol dan SJK Tamil Ladang REM pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Galakan Kecemerlangan Sekolah 2008 di atas kejayaan dan pencapaian peratusan tertinggi, masing-masing menerima RM10,000 dan dua unit komputer tiba pada majlis itu.

Anugerah Khas Galakan Kecemerlangan Sekolah diberikan kepada sekolah yang berjaya memastikan kejayaan yang seimbang di kalangan para pelajar, dengan matlamat mencapai lebih banyak keputusan 5A di samping tidak meminggirkan para pelajar yang lemah.

Pemilihan sekolah ini adalah berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) yang mana ia digunakan oleh pihak Kementerian Pelajaran bagi mengukur purata pencapaian pelajar dalam peperiksaan UPSR.

Halimah berkata, kejayaan murid berkenaan membuktikan mereka mampu bersaing dan mendapat keputusan cemerlang setanding dengan rakan sebaya di kawasan bandar.

"Keputusan yang diperoleh murid ini adalah langkah permulaan, justeru mereka diingatkan supaya meningkatkan usaha dan tidak leka dengan kejayaan.

"Selain itu, setiap murid perlu sentiasa ingat akan tanggungjawab mereka membentuk masa depan sendiri, selain membalas jasa ibu bapa apabila dewasa kelak," jelasnya.

Sementara itu, Guru Besar SK Felda Sungai Sibol, Zainuddin Abu Bakar, 49, berkata, kejayaan itu dimantapkan lagi dengan gandingan erat antara ibu bapa dan guru yang sentiasa peka terhadap pencapaian anak-anak di bidang akademik.

Pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Sungai Sibol, Fatin Humairah Zainuddin, 12, berkata, anugerah tersebut dianggap sebagai dorongan untuk dia meraih kejayaan yang lebih cemerlang dalam pelajaran pada masa depan.

Rakannya Fatin Humairah, Nurul Nasha Atika Bahari, 12, berkata, pencapaian cemerlang itu menunjukkan penat lelahnya bersungguh-sungguh belajar.

Sementara itu, anak keempat daripada lapan beradik dari Felda Linggiu, Afrina Abdullah, 12, berkata, anugerah ini menjadi pendorong bagi mencatatkan keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan datang.

Mohd. Fakhrul Mukminin Kamsan, 12, dari SK Taman Sri Saujana pula berkata, ibu bapa dan guru banyak membantunya berjaya dalam pelajaran adalah sumber inspirasi untuk belajar bersungguh-sungguh.

Dalam pada itu Mazliaya Maarof, 12, dari SK Bandar Kota Tinggi yang berkata, petua kejayaannya ialah memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas selain berpegang kepada prinsip tidak putus asa serta sentiasa berusaha dan ingin menjadi contoh terbaik dalam keluarga.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.