ARKIB : 01/01/2009
Plaza Tol Mantin dikecuali bayaran sebulan
SEREMBAN 31 Dis. - Laluan lebuh raya di antara persimpangan bertingkat Pajam ke persimpangan bertingkat Mantin, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) kini mula dibuka kepada orang ramai.
Pengurus Besar Lekas Sdn. Bhd., Mohd. Khalid Mohamad berkata, projek sepanjang 44.3 kilometer yang bernilai RM1.75 bilion itu dibuka kira-kira pukul 12.01 tengah hari ini.
Beliau menjelaskan, laluan antara persimpangan Pajam ke persimpangan Mantin tidak akan dikenakan bayaran tol selama sebulan bermula semalam hingga 12.01 pagi 30 Januari ini.
''Dengan adanya lebuh raya tersebut sudah pasti membantu kawasan kampung sekitarnya terutamanya Semenyih, Beranang, Nilai dan Kajang membangun di samping menaikkan nilai tanah.
''Pembukaan lebuh raya ini bukan sekadar menjanjikan tempoh perjalanan yang pendek namun turut menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan sekelilingnya," katanya di sini hari ini.
Mohd. Khalid memberitahu, kadar tol yang dikenakan ke Pajam adalah berdasarkan kelas iaitu RM1.70 untuk kelas 1, RM2.50 (kelas 2), RM3.30 (kelas 3), RM0.80 (kelas 4) dan RM0.60 (kelas 5).
''Bagi ke Semenyih RM3.50 (kelas 1) RM5.30 (kelas 2) RM7.00 (kelas 3) RM1.80 (kelas 4) RM1.30 (kelas 5).
''Sementara itu, ke Kajang Selatan pula RM4 (kelas 1), RM6 (kelas 2), RM8 (kelas 3), RM2 (kelas 4) dan RM1.50 (kelas)," katanya.
PDRM tubuh Jabatan Pencegahan Jenayah tangani masalah jenayah
Penggabungan selesai sebulan
Enam anak Felda takluk Everest
Malaysia lobi kerusi Majlis Keselamatan
SPR tubuh pasukan khas semak guna dakwat kekal
PPPR syor tiga langkah perangi rasuah
2 kementerian setuju NBOS diperkasa
Dua kementerian bergerak senada
CUEPACS gesa boikot AirAsia
Perkasa desak Kalimullah mohon maaf
Kalimullah tidak faham sejarah, lupa diri
AirAsia enggan bawa pulang jenazah dari Jogjakarta
MAS sedia perkhidmatan bawa jenazah
7 muka baharu Exco N. Sembilan
Blog kemas kini senarai boikot produk
Richard tumpu isu gaji minimum
Kesihatan Azizan semakin baik
Pengguna kapal terbang naik 2.17j
Fiesta 75 Tahun Utusan menanti di Festival Belia Putrajaya 2013
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









