VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 31/12/2008

Wujudkan program keselamatan, kesihatan di sekolah

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini terdapat beberapa kemalangan dan kecederaan berlaku di premis sekolah dan sebahagiannya dilaporkan dalam media. Insiden dan kemalangan ini melibatkan guru, pekerja sekolah dan juga pelajar.

Dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran dan mempromosikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia telah memperkenalkan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah atau OSH di Sekolah.

Ia bertujuan untuk menjadikan sekolah-sekolah sebagai tempat yang selamat dan sihat untuk para guru, pekerja sekolah, pelajar dan juga pelawat.

NIOSH telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Buku Panduan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah.

Buku ini diharap dapat dijadikan rujukan asas oleh pihak sekolah dalam menerapkan aspek keselamatan dan kesihatan di peringkat sekolah.

Buku panduan ini sebenarnya diterbitkan dengan tujuan memberi maklumat dan panduan secara am dalam membangunkan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah.

Antara lain, buku panduan ini memberikan maklumat tentang cara-cara bagaimana untuk menimbulkan kesedaran dan latihan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada guru, kakitangan sekolah dan para pelajar.

Keselamatan

Buku panduan ini juga memberi maklumat mengenai keselamatan di makmal, pejabat dan kantin, keselamatan ketika bersukan, keselamatan daripada terjatuh, keselamatan pemakanan di kantin, kesihatan dan kebersihan diri, pengosongan bangunan waktu kecemasan dan pertolongan kecemasan.

Rancangan keselamatan dan kesihatan bukanlah perkara yang baru bagi sekolah. Sebelum ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa projek berunsurkan keselamatan dan kesihatan termasuk Panduan Pengurusan 3K sebagai pemangkin kepada matlamat sekolah yang sihat, bersih dan selamat di seluruh negara.

Konsep OSH di Sekolah walaupun hampir serupa dengan program yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran tetapi ia bercadang untuk membawa suatu dimensi tambahan terhadap keselamatan di sekolah.

Ia melihat sekolah sebagai sebuah tempat atau premis kerja yang melibatkan para guru dan kakitangan sekolah. Sebagai tempat kerja, sekolah juga tertakluk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994).

Tunggak utama terhadap perlaksanaan program ini adalah:

Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap pekerja di sekolah;

Memastikan sesiapa sahaja yang berada di tempat kerja (di sekolah) diawasi dan dijaga keselamatan dan kesihatan mereka iaitu para pelajar serta pelawat di sekolah berkenaan;

Mewujudkan suasana tempat kerja yang selamat dan sihat termasuklah (di pejabat, makmal, asrama, kantin, tandas, padang dan sebagainya) sesuai dengan keperluan fisiologi dan psikologi para pekerja dan sesiapa sahaja yang berada di sekolah.

Kesedaran OSH tidak seharusnya ditumpukan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah, malah ia harus juga melibatkan pelajar-pelajar di sekolah.

Kesedaran terhadap OSH boleh dilakukan melalui pengurusan OSH di sekolah masing-masing menerusi pelaksanaan program OSH di sekolah.

Tenaga

Di samping itu, program tersebut dapat memupuk budaya selamat dan sihat di kalangan para pelajar sekolah sejak awal lagi supaya mereka akan menjadi sumber tenaga manusia atau modal insan yang senantiasa prihatin terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pendedahan awal ini akan membantu generasi muda negara membentuk budaya kerja selamat dan sihat.

Guru-guru adalah orang yang penting di dalam menerapkan kesedaran terhadap kepentingan OSH di kalangan pelajar.

Berlandaskan matlamat inilah pihak NIOSH merasakan program pelancaran buku panduan yang diadakan ini merupakan usahasama kami dan Syarikat Exxonmobil dalam menyumbang kepada "Pembentukan budaya kerja selamat dan sihat" khususnya di kalangan generasi akan datang dan secara amnya kepada segenap lapisan masyarakat kita.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.