VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 30/12/2008

Bubu alat tradisi nelayan Setiu


Adam Malik Jaafar menunjukkan bubu ikan yang berjaya disiapkan untuk dipasang di laut di Kampung Merang, Setiu, semalam.


SETIU 29 Dis - Bubu merupakan peralatan menangkap ikan dan sotong tradisional yang bukan sahaja masih popular digunakan di kalangan nelayan kawasan Setiu tetapi memberi pulangan pendapatan yang agak lumayan kepada mereka.

Walaupun alat ini terbahagi kepada dua jenis iaitu bubu sotong dan bubu ikan namun kebanyakan nelayan di kawasan berkenaan lebih berminat mengusahakan bubu sotong.

Seorang nelayan bubu sotong, Abdul Ghani Abdullah, 35, memberitahu, penglibatan ramai nelayan di kawasan itu dalam tangkapan sotong kerana hasilnya agak lumayan berbanding kerja lain seperti menangkap ikan dan bilis.

Dia yang tinggal di Kampung Gong Tengah, Merang dekat sini berkata, nelayan lebih berminat menggunakan bubu sotong sebab ia penggunaanya tidak remeh walaupun bubu itu selalu rosak akibat pukat tunda.

''Apabila tiba musim sotong yang biasanya pada bulan Jun, Julai, Ogos dan September, ketika itu setiap bot nelayan mampu memperolehi pendapatan antara 50 kilogram hingga 100 kilogram sotong sehari.

''Bagi bulan-bulan lain pula hasil tangkapan sotong agak berkurangan sehingga ada di antara mereka hanyamendapat 10 kilogram sehari dan sotong dijual dengan harga RM6 sekilo gram," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bubu sotong diperbuat daripada kayu serta pukat dan saiznya sepanjang tiga kaki manakala lebarnya dua kaki dengan kosnya yang dianggarkan RM30 bagi sebuah bubu.

Setiap bot nelayan itu memiliki sekurang-kurangnya 50 buah bubu yang biasanya mereka memasangnya di tengah laut yang jaraknya empat atau lima batu nautika dari persisiran pantai.

Sementara itu, seorang nelayan bubu ikan, Adam Malik Jaafar, 35, berkata, nelayan kurang berminat untuk menggunakan bubu ikan sebagai mata pencarian mereka di laut.

Menurutnya, ini kerana tangkapan dengan peralatan tradisional itu menimbulkan masalah sedikit jika dibandingkan dengan bubu sotong.

''Bubu ikan ini saiznya lebih besar dari bubu sotong dan kita terpaksa pasang bubu itu berhampiran dengan batu-batu di sekitar pulau seperti Pulau Bidong, Pulau Tengkorak dan Pulau Bara.

''Kawasan-kawasan di tempat itu senang didapati ikan seperti ikan merah, jemuduk, ketam dan gerong," katanya yang telah mengusahakan perkakas bubu ikan itu sejak lapan tahun lalu.

Adam Malik yang mempunyai dua orang anak berkata, dia memperolehi pendapatan purata antara RM700 hingga RM1,000 sebulan dengan menangkap sotong.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.