VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 24/12/2008

Polis bantuan mati di tangan rakan setugas

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Seorang anggota polis bantuan berpangkat konstabel mati tertembak rakan setugasnya ketika bergelut dengan seorang pencuri kabel di landasan kereta api dekat Jalan Klang Lama di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Nurhafiz Hanafi, 23, dan rakannya yang juga berpangkat konstabel, ternampak seorang lelaki Myanmar cuba mencuri kabel di landasan kereta api berkenan.

Kedua-dua polis bantuan dari Unit Siasatan Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu kemudian mengejar suspek berusia 31 tahun itu sebelum berlaku pergelutan dengan mangsa.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Hasnan Hassan yang ditemui memberitahu, melihatkan pergelutan itu, rakan mangsa telah melepaskan tiga das tembakan ke arah suspek.

Bagaimanapun, jelasnya, salah satu das tembakan itu telah tersasar dan terkena badan dan menembusi perut Nurhafiz menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

"Melihatkan kejadian meragut nyawa mangsa itu, suspek menyerah diri dan anggota polis bantuan yang tertembak rakannya itu kemudian menghubungi pegawai atasannya untuk meminta bantuan.

"Ekoran kejadian itu, kita menahan seorang anggota polis bantuan yang juga rakan mangsa dan suspek warga Myanmar tersebut selain seorang pegawai atasan KTMB dipanggil memberi keterangan," katanya.

Hasnan memberitahu, pihaknya juga merampas senjata automatik yang digunakan anggota polis bantuan berkenaan ketika tertembak mangsa.

"Kita percaya kejadian ini berlaku kerana anggota polis berkenaan kurang latihan (menyebabkan tertembak rakan sendiri)," katanya.

Menurutnya, anggota polis bantuan tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala suspek yang cuba mencuri kabel disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Allahyarham Nurhafiz berasal dari Hutan Melintang, Perak dan telah berkhidmat dalam KTMB selama tiga tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.