VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 21/12/2008

Penyaman udara pintar Envio


Penyaman udara Envio penuhi keperluan.


ALAT penyaman udara semakin menjadi salah satu perkakas rumah harian yang penting bagi kebanyakan isi rumah zaman sekarang.

Ini kerana alat tersebut berupaya untuk mengekalkan kedinginan, kenyamanan dan kesegaran udara persekitaran di setiap inci ruang kediaman.

Dalam pada itu, pengeluar hari ini kian berlumba-lumba untuk menghasilkan model hawa dingin yang dilengkapi teknologi terkini dalam usaha memenuhi gaya hidup pengguna.

Saingan tersebut turut menyaksikan pelbagai fungsi serta ciri pintar baru diselaraskan pada model-model penyaman udara yang berada di pasaran masa kini.

Ia bertujuan bagi menawarkan kemudahan pengendalian serta prestasi cemerlang kepada pengguna selain menjanjikan penggunaan yang efisien dan menjimatkan.

Justeru, baru-baru ini Panasonic, jenama peneraju pengeluar perkakas elektronik global turut tidak ketinggalan untuk memenuhi permintaan segmen pasaran tersebut dengan memperkenalkan 10 model terbaru alat penyaman udara bagi siri rangkaian Envio I2 dan P2.

Kehadiran 10 model terbaru yang memperbaharui siri rangkaian Envio I2 dan P2 itu diyakini berupaya untuk menawarkan sistem penyaman udara yang menjimatkan kuasa serta mengekalkan kebersihan udara menerusi sistem penapisan berteknologi inovasi.

Menurut Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn Bhd, Tony Endoh, menerusi gabungan teknologi ‘Inverter’ untuk penjimatan tenaga dan sistem pembersihan udara yang efisien, rangkaian Envio menawarkan penyelesaian yang terbaik buat pengguna untuk menikmati kesegaran udara serta berjimat pada masa yang sama.

‘‘Melalui kajian yang dijalankan bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Panasonic, keputusan menunjukkan alat penyaman uadara yang disepadukan dengan teknologi ‘Inverter’ mampu menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 50 peratus berbanding alat penyaman udara yang tidak dipasangkan,’’ katanya selepas melancarkan siri penyaman udara Envio I2 dan P2 di Petaling Jaya baru-baru ini.

Bagi siri Envio I2, keseluruhan model tersebut dilengkapi dengan teknologi Inverter yang bertindak mengawal mampatan dan kelajuan kitaran sekali gus menjimatkan dari segi penggunaan tenaga elektrik.

Ini bermakna, apabila suhu yang diingini pengguna tercapai, Inverter akan memberhentikan operasi seketika dan sentiasa mengawal kitaran berpandukan suhu yang ditetapkan.

Lebih menarik, teknologi tersebut turut berupaya untuk menyejukkan suhu bilik 1.5 kali lebih pantas berbanding alat penyaman udara biasa tanpa menjejaskan keselesaan pengguna.

Di samping itu, siri Envio I2 turut didatangkan dengan ciri ‘Mild Dry Cooling’ yang berfungsi mengekalkan kelembapan suhu seterusnya mengelakkan daripada pengguna berhadapan dengan masalah kekeringan kulit.

Sementara itu bagi siri Envio P2, pembuatan rangkaian tersebut lebih memfokuskan terhadap sistem pembersihan udara.

Siri tersebut memperlihatkan penyelarasan sistem kitaran udara e-ion bertindak membantu pengguna untuk menikmati udara yang lebih segar dan terjamin bersih.

Ia berperanan menghapuskan segala udara kotor menerusi e-ion aktif yang dilepaskan sekali gus menapis habuk dan kotoran yang dalam sesebuah bilik.

Sebagai tambahan, keseluruhan rangkaian penyaman udara Envio telah dibangunkan berasaskan teknologi yang mesra alam.

Secara pasti, penggunaan bahan penyejuk R410A yang mesra ozon itu dipercayai tidak merbahayakan kesihatan dan juga alam sekitar.

Kini, bagi siri Envio I2 ia didatangkan dengan lima model baru yang membariskan daripada satu kuasa kuda hingga ke 2.5 kuasa kuda yang dijual pada lingkungan harga RM1359 hingga ke RM3089

Sementara bagi Envio P2, sebanyak lima model baru turut diperkenalkan yang meliputi daripada model satu kuasa kuda hingga ke tiga kuasa kuda.

Bagi siri tersebut, model-model baru itu boleh didapati dengan harga runcit yang ditawarkan bermula RM1,179 hingga ke RM3,369.

Kesemua model berkenaan sudah boleh didapati dipasaran tempatan. Maklumat lanjut serta speseifikasi lengkap boleh didapati dengan melayari www.panasonic.com.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.