ARKIB : 15/12/2008
Kegilaan barang antik
![]() |
|
Habib Mohd. Kassim bersama sebahagian koleksi barangan antik seperti pinggan mangkuk dan peti radio lama yang menjadi tarikan di Kedai Antik Taliban, Pedas, Rembau. - Gambar ABD. RAZAK AID |
REMBAU 14 Dis. - Jika anda berkunjung ke Pedas di sini, mata pasti tidak terlepas memandang ke sebuah kedai barangan antik yang terletak di tepi jalan.
Biarpun kelihatan usang dari luar, Kedai Antik Taliban itu nyata mencuri perhatian mereka yang lalu lalang untuk singgah sebentar bagi melihat apa yang dipamerkan di dalamnya.
Deretan pinggan mangkuk tembikar yang kental gaya oriental, lampu minyak tanah tembaga yang berukir halus, jam loceng dan mesin jahit lama sehingga ke basikal tua, adalah antara koleksi pembuka selera mata yang dipamerkan depan kedai tersebut.
Menjenguk ke dalam kedai tersebut pula, mata pasti tertumpu kepada ratusan barangan antik lain yang dipamerkan termasuk perhiasan tembaga, keris, jam dinding, pinggan mangkuk, almari dan perhiasan diri.
Tidak ketinggalan, ukiran kayu dari rumah lama yang dipercayai berusia lebih 100 tahun, pemain piring hitam keluaran 1921 dari Seri Menanti, pending tembaga berusia 200 tahun dan pelbagai jenis lampu minyak tanah yang menarik.
Pemiliknya yang juga merupakan penggemar barang antik, Habib Mohd. Kassim berkata, kebanyakan barangan lama yang dipamerkan di situ berusia lebih 100 tahun.
''Koleksi yang dipamerkan di situ adalah daripada koleksi peribadi dan ada juga yang kami dapat daripada hasil pencarian di seluruh negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menurut Habib, 44, yang cukup dikenali sebagai Pak Habib di kalangan penduduk setempat, beliau membuka kedai tersebut bersama sahabatnya, Mohd. Yazid Ahmad, 43, kira-kira lapan tahun lalu.
"Mulanya sekadar hobi saja dan kami berdua memang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini terutama mencari dan mengumpul barang antik.
"Lama kelamaan terfikir juga untuk berkongsi barangan yang ada dengan penggemar barang antik lain dan dari situ lahirlah kedai antik ini," katanya.
Bercerita tentang penglibatan awalnya dalam pengumpulan barangan antik, beliau berkata, ia bermula sejak dirinya berusia tujuh tahun dan minat itu diwarisi daripada bapa dan neneknya.
"Keluarga saya memang gemar mencari dan mengumpul barang lama terutama peninggalan keluarga. Siapa sangka hari ini barang tersebut jadi barang antik yang cukup bernilai," ceritanya lagi.
Habib berkata, antara koleksi peribadi yang terdapat di situ adalah pinggan mangkuk tembikar China yang menjadi milik keluarganya sejak 100 tahun lalu.
"Koleksi pinggan mangkuk ini pernah dimiliki oleh arwah bapa saya yang sebelum itu dimiliki oleh nenek saya. Oleh sebab itu, saya berani mengatakan ia berusia lebih 100 tahun kerana arwah bapa pun meninggal dunia pada usianya lebih 90 tahun.
"Lagipun koleksi ini unik kerana di dasar cawan tembikar terdapat bayangan lukisan wanita berketurunan Cina yang dipercayai Puteri Hang Li Po," katanya.
Lelaki yang berasal dari Seremban itu menambah, kedai itu juga menyimpan beratus biji pinggan mangkuk seperti itu yang dianggarkan bernilai ribuan ringgit.
Antara koleksi lain yang cukup istimewa kata Habib, adalah pending perak berusia lebih 200 tahun dan pemain piring hitam keluaran 1921 yang diperoleh dari Seri Menanti yang kini dijual pada harga RM6,000.
"Kedua-dua koleksi ini sangat istimewa terutama pending ini yang pernah dipakai oleh golongan bangsawan dulu. Sesetengah barang yang istimewa memang kami tidak menjualnya," tambah beliau lagi.
Selain itu, kedai tersebut turut mempamerkan beberapa lampu minyak tanah termasuk daripada tembaga yang mempunyai ukiran menarik.
Katanya, satu daripada lampu minyak tanah ini unik kerana cuma terdapat dua unit sahaja di negara ini dan dijual pada harga RM19,700 sebuah.
RM4.9j wujud klinik pakar di Nilai
MAINS teruskan usaha lonjak kecemerlangan pendidikan ke peringkat tertinggi
ADUN bantu selesai masalah bekalan air
Melaka, Indonesia cadang wujud konsep TKI - Idris
Menghijau alam, melestari bumi
Semakin ramai sedar kepentingan hutan
Generasi kedua perlu rumah
Melaka tumpu bangun industri pelancongan golf
Penjawat awam dekati masyarakat setempat
Wujudkan subjek Tata Rakyat
Jangan terpedaya individu mengaku pegawai JKR
Orang Asli: Guru diminta lebih komited
Penghargaan tertinggi pesara guru
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










