|
KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Kerajaan Terengganu bakal menerima bayaran royalti minyak tambahan kira-kira RM400 juta yang akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Negeri di sini Sabtu ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, bayaran tersebut merupakan tambahan selepas pembayaran royalti lima peratus daripada pengeluaran 400,000 tong minyak sehari atau lebih RM50 bilion setahun dari telaga minyak yang terdapat di perairan negeri ini.
"Walaupun harga minyak mentah telah menurun namun kerajaan negeri bakal menerima royalti minyak daripada kerajaan Persekutuan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Himpunan Mahasiswa Terengganu 2008 yang dihadiri kira-kira 3,000 mahasiswa di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
IKLAN@UTUSAN
|