VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 07/12/2008

Dua maut, lima parah kemalangan di Pasir Puteh

07/12/2008 9:14pm

PASIR PUTEH 7 Dis. Dua maut manakala lima lagi parah apabila sebuah kereta dan van bertembung di Kilometer 38.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, dekat Pasir Puteh, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, pemandu kereta Proton Waja, Mat Wisitar Yusof, 32, meninggal dunia di Hospital Jerteh (HJ), Terengganu manakala penumpangnya Latifah Ismail 20-an, mati di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

Mereka yang cedera parah ialah penumpang Proton Waja, Zulaimi Zakaria, 32, yang kini dirawat di HJ manakala pemandu van, Mad Mid Awang, 57, isterinya, Bidah Muda, 57, serta dua anak mereka iaitu Maria, 30, dan Mohd. Hakimi, 12, menerima rawatan di Hospital Tengku Anis (HTA), Pasir Puteh.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, semua mangsa tersepit di dalam kereta dan van yang remuk. Utusan

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.