Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 30/11/2008
Tun M berhak dedah nama

Tun M berhak dedah nama

JOHOR BAHRU 29 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhak mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terlibat dengan politik wang demi kebaikan parti.

Calon jawatan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Samad berkata, Dr. Mahathir bagaimanapun perlu mengemukakan bukti kukuh mengenai perkara tersebut.

"Sesiapa sahaja boleh menghantar laporan, malah kalau ada orang lain selain Tun pun boleh hantar laporan.

"Apa yang perlu, mereka kemukakan bukti dan sebagainya kerana menurut Setiausaha Agung UMNO baru-baru ini, terdapat banyak aduan palsu tentang politik wang," katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Tinju Amatur Malaysia berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Kejurulatihan Tinju Kebangsaan Tahap 2 di sini hari ini.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN