Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 20/11/2008
Buktikan di luar Dewan

Buktikan di luar Dewan

PULAU PINANG 19 Nov. – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy didakwa tidak bertanggungjawab apabila enggan mengemukakan bukti di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai dakwaannya ada ketua jabatan yang mengoyakkan borang permohonan bukan Melayu untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, Ramasamy sepatutnya berani membuat dakwaan itu di luar Dewan sekiranya benar beliau mempunyai bukti.

“Kalau sudah buat kenyataan kita haruslah kemukakan bukti untuk memastikan tuduhan itu benar.

“Dia harus buktikan apakah ia satu tuduhan palsu yang sengaja diada-adakan untuk menyakiti hati orang ataupun dakwaan itu benar,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas sidang DUN di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Ramasamy hanya akan mengemukakan bukti di dalam DUN jika beliau diminta berbuat demikian.

Beliau sebelum itu mendakwa, masyarakat Melayu mendominasi sektor awam dan terdapat ketua jabatan yang mengoyakkan borang permohonan daripada bukan Melayu kerana enggan memproses permohonan tersebut.

Bagaimanapun, Azhar enggan membuat ulasan lanjut mengenai isu tersebut kerana laporan polis telah pun dibuat.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN