VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 September 2014 / 5 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 19/11/2008

Uniknya makanan Korea


BIBIMBOP, hidangan nasi campur istimewa Korea.


Berbanding makanan Jepun seperti sushi, tempura mahupun shashimi yang sememangnya sudah popular di kalangan masyarakat dunia, sesetengah makanan tradisi Korea masih agak terlalu asing.

Berpeluang mengenali secara lebih dekat beberapa makanan tradisi ketika mengikuti lawatan sempena Expo Makanan Korea 2008 di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini, sedikit sebanyak telah membuka mata penulis terhadap ragam dan corak pemakanan rakyat negara itu.

Berikut beberapa jenis makanan tradisi Korea yang setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri.

Bibimbop: Bermaksud 'nasi campur' atau 'hidangan campuran' merupakan hidangan popular di kalangan masyarakat Korea.

Ia terdiri daripada nasi putih kukus dengan sayuran seperti timun, zukini, lobak merah, lobak putih, cendawan, akar bellflower, bayam, tunas kacang soya dan resam batang paku pakis. Tofu juga boleh menggantikan daging sesuai untuk hidangan vegetarian.

Gimbap: Merupakan makanan ringan kegemaran di Korea, menyerupai sushi Jepun dengan menggunakan bahan-bahan seperti nasi, minyak bijan, garam dan biji bijan bersama sedikit cuka dan gula sebagai bahan perencah.

Di tengah-tengahnya telur, lobak merah, daging atau bebola ikan, lobak jeruk, bayam, gobo dan timun.

Kini terdapat beberapa jenis gimbap seperti tuna, keju, bulgogi, sayuran dan banyak lagi.

Sanakji: Hidangan istimewa Korea ini pernah muncul dalam program realiti The Amazing Race 4, yang mana para peserta dikehendaki menghabiskan semangkuk sotong kurita mentah sebagai salah satu cabaran.

Lazimnya penyedut pada sesungut kurita itu masih bergerak-gerak ketika dimakan. Oleh itu, kunyah dengan betul agar tidak melekat pada lelangit atau tekak kerana boleh menyebabkan anda tercekik ketika memakannya.

Hoe: Disebut 'hwe' merujuk kepada beberapa jenis hidangan mentah seperti Saengseon Hoe iaitu ikan atau makanan laut mentah dipotong nipis seperti sashimi.

Yukhoe pula merupakan daging mentah bersama kicap soya, minyak bijan dan wain beras manakala Ganhoe adalah hati lembu mentah bersama minyak bijan dan garam.

Hoe ikan selalunya dicicah bersama sos pedas (gochujang, ssamjang atau wasabi).

Jeon: Seolah-oleh penkek, jeon paling sedap dimakan bersama gochujang (sambal cili dan lada). Kimchi atau makanan laut yang dijadikan tapai dicampur dalam adunan berasaskan tepung kemudian digoreng.

Ia juga boleh dicicah dengan campuran kicap soya, cuka dan serbuk cili dan lada. Jenis-jenis jeon terdiri daripada Pajeon, Bindaetteok, Mineojeon, Daegujeon, Guljeon, Hobakjeon, Yeongeunjeon dan banyak lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:08
Isyak 8:17


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.