Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 19/11/2008
'Saya akan kemuka bukti di Dewan'

'Saya akan kemuka bukti di Dewan'

PULAU PINANG 18 Nov. - Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy berkata, beliau hanya akan membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai dominasi kaum Melayu dalam sektor awam di negeri itu dalam sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pihak yang mahu beliau mengemukakan bukti diminta berbuat demikian melalui sidang tersebut.

''Saya utarakan perkara ini dalam Dewan. Oleh itu, kalau nak bukti minta di dalam Dewanlah,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Justeru, beliau menolak untuk memberi sebarang ulasan mengenainya di luar Dewan.

Khamis lalu ketika persidangan DUN Pulau Pinang Ramasamy berkata, kerajaan campuran negeri mahu memastikan pelantikan kakitangan awam di negeri itu seimbang bagi setiap kaum dan bukan didominasi oleh kaum tertentu.

Beliau menuduh UMNO sebagai penyebab ketidakseimbangan dalam pengambilan kakitangan kerajaan.

Ramasamy turut mendakwa ada ketua jabatan yang mengoyakkan borang permohonan bukan Melayu untuk berkhidmat dalam sektor itu tanpa diproses.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN