|
KUALA LUMPUR 18 Nov. – Pelukis, Raja Azhar Raja Lop Idris hari ini menceraikan isterinya, Charmaine Winifred Idris dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini.
Mahkamah memutuskan menerima lafaz taklik Raja Azhar yang dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isterinya yang kini berada di negara asal, Australia adalah lafaz berbentuk kinayah atau kiasan.
Lafaz kinayah menurut hakim adalah sah kerana disertai dengan niat Raja Azhar untuk menceraikan isterinya. Oleh itu, mahkamah mensabitkan berlaku perceraian kali pertama pada 8 Ogos lalu selepas mendapati lafaz taklik yang dibuat melalui SMS tersebut adalah sah kerana disertai niat. - Utusan
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|