VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 12/11/2008

Perabot terpakai bernilai


Syed Mohd. Bukhari Mohd Nordin menunjukkan perabot terpakai yang dijual di Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang. – Gambar SAZALI CHE DIN


PULAU PINANG 11 Nov. – Perabot-perabot kayu jika dijaga dengan baik sudah tentu akan bertahan lama dan boleh terus digunakan, lebih-lebih lagi jika ia dihasilkan daripada pokok-pokok berkualiti seperti jati dan cengal.

Perabot-perabot yang dikategorikan sebagai antik pula, sudah tentu ramai yang mencarinya untuk dibuat koleksi peribadi.

Walaupun sekarang ini banyak perabot moden berada dalam pasaran, namun harganya agak tinggi, bergantung kepada kualiti buatannya.

Bagi golongan yang kurang berada, mereka masih berpeluang mendapatkan perabot-perabot kayu yang elok, sesuai digunakan di rumah atau pejabat pada harga berpatutan.

Jika ada masa terluang, singgahlah ke Lot 113, Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini kerana terdapat satu-satunya kedai menjual perabot-perabot terpakai yang masih elok untuk digunakan.

Kedai yang dimiliki oleh A. Othman Piliai & Sons itu menjual pelbagai jenis perabot seperti meja makan, kerusi, sofa kayu, almari bahkan tilam terpakai pun ada.

Menurut penyelianya, Syed Mohd. Bukhari Mohd. Nordin, 65, kedai tersebut sememangnya dikenali ramai kerana kedai tersebut sudah dibuka kira-kira 70 tahun yang lalu.

Katanya, kebanyakan daripada pelanggan kedai itu datang daripada kawasan utara seperti dari Kedah dan Thailand malahan ada juga pelanggan tetapnya dari Indonesia.

‘‘Mereka membeli barang-barang di sini memandangkan kami merupakan penjual secara borong pada harga yang berpatutan.

‘‘Selalunya, stok-stok kami mendapat sambutan ‘hangat’ apabila tibanya hari-hari perayaan atau majlis-majlis tertentu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Syed Mohd. Bukhari berkata, kedai yang diuruskannya itu mendapat stok-stok baru daripada orang ramai dan pencari barangan terpakai yang lain.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan menerima barang-barang yang rosak walaupun ditawarkan pada harga rendah.

‘‘Selalunya, kalau ada orang nak jual perabot lama kepada kami, mereka akan menelefon dulu. Kami akan ke sana jika berminat untuk mendapatkan barangan tersebut.

‘‘Setelah diteliti kualiti dan tahap ketahanannya, barulah kami menawarkan harga kepada mereka mengikut nilainya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syed mengakui perabot-perabot yang dijual di kedai tersebut murah dan berpatutan.

Katanya, bukan sahaja orang biasa yang datang ke kedai itu, malah golongan-golongan berada turut datang untuk mencari perabot antik terutamanya diperbuat daripada kayu jati.

‘‘Sekarang ini, kami masih menyimpan sebuah peti besi antik berusia kira-kira 70 tahun. Penggemar-penggemar barangan antik pasti sukakannya,” jelasnya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan barangan perabot terpakai di kedai tersebut atau ingin menjual kepada mereka, hubungi beliau di talian 04-2627955.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.