VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 07/11/2008

Menambah nilai, peranan suri rumah

KUCHING 6 Nov. - Peranan wanita era pasca merdeka khususnya suri rumah tidak lagi terhad sebagai pengurus rumah tangga, malah menjangkau kepada peranan bersama selaku penjana ekonomi keluarga.

Selain itu, wanita juga mampu berperanan menambah nilai kepada pendapatan dan ekonomi negara.

Disebabkan itu, Persatuan Jawatankuasa Program Pembangunan Keluarga Kampung Haji Baki mahu potensi wanita di kampung berkenaan yang terletak di daerah Kota Sentosa digembleng serta dieksploitasi secara maksimum bagi menjana pendapatan menerusi penghasilan produk-produk secara kotej iaitu perusahaan dan perniagaan kecil-kecilan.

Setiausaha Agungnya, Atica Aluyah Mohd. Yusuf, 45, berkata, persatuan tersebut yang mempunyai kira-kira 100 ahli membabitkan wanita di kampung berkenaan membuka ruang serta peluang kepada pesertanya untuk menceburkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan.

Menurutnya, wanita pada masa ini tidak lagi mahu menjadi tempelan tetapi mahu diberi peluang seperti mana yang lelaki dapat.

''Sesuatu yang harus dilakukan ialah tidak menyempitkan fikiran, sebaliknya terus melangkah serta mempelbagaikan aktiviti yang memberi pulangan berfaedah kepada kaum wanita terutamanya dalam perniagaan kecil-kecilan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Atica Aluyah memberitahu, bagi memastikan ahli persatuan berkenaan aktif dan berdaya saing, maka pihaknya sentiasa mencari peluang meningkatkan pengetahuan mereka terutamanya dalam industri kotej iaitu memproses makanan kering sebelum dijual di pasaran.

Katanya, kegiatan seumpama itu sudah pasti memberi pulangan lumayan kepada para peserta, namun mereka harus mempunyai pengetahuan bukan sahaja proses menghasilkan produk malah tahu proses pembungkusan serta pemasaran.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya begitu berharap ada jabatan atau agensi kerajaan yang sudi menganjurkan seminar atau bengkel kepada ahli-ahli persatuan.

Katanya, ia perlu sebagai langkah memberi pendedahan serta pengetahuan kepada mereka tentang cara untuk menembusi pasaran.

''Terdapat ramai kaum wanita yang mempunyai potensi dalam industri kotej ini, namun tidak ramai yang tahu melaksanakannya termasuk pembungkusan dan pemasaran produk yang dihasilkan.

''Dengan adanya bengkel atau seminar, kaum wanita boleh mempelajari teknik baru atau cara pembungkusan serta pemasaran yang baik untuk meningkatkan ekonomi diri sendiri," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.