|
PETALING JAYA 5 Nov. – Jawatan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara menjadi milik Senator Datuk Ikhwan Salim Sujak selepas menewaskan Datuk Zainudin Abdul Rahman dengan kelebihan empat undi.
Pada persidangan perwakilan yang berlangsung di sini malam ini Ikhwan Salim menerima 125 undi manakala Zainudin pula sebanyak 121 undi.
Pemilihan yang berlangsung malam ini adalah pertandingan pusingan kedua selepas pemilihan yang berlangsung minggu lalu menyaksikan keputusan seri apabila kedua-dua calon menerima 124 undi.
Ikhwan Salim sewaktu berucap selepas keputusan diumumkan berkata, beliau akan meneruskan kerjasama erat yang lama terjalin antara beliau dan Zainudin.
IKLAN@UTUSAN
|