VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 05/11/2008

Pinjaman perumahan kerajaan dilanjut hingga 30 tahun

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kakitangan kerajaan yang telah membuat pinjaman perumahan, kini turut berpeluang untuk melanjutkan tempoh pinjaman mereka sehingga 30 tahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu akan dapat membantu menambahkan pendapatan boleh guna peminjam yang terlibat.

''Untuk memastikan peminjam sedia ada mendapat kemudahan yang sama, peminjam diberi pilihan untuk melanjutkan tempoh pinjaman mereka kepada 30 tahun," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau memberi contoh, seorang penjawat awam yang bersetuju dengan lanjutan tempoh itu mampu memperoleh lebihan pendapatan RM180 sebulan jika membuat pinjaman RM190,000 bagi tempoh 25 tahun dan telah menjelaskannya bagi tempoh 10 tahun..

Katanya, penjawat awam juga akan diberi kebenaran untuk mengambil pinjaman perumahan bagi hartanah di pasaran sekunder di mana hakmilik strata belum dikeluarkan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan tempoh bayaran balik bagi pinjaman perumahan baru kakitangan kerajaan dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun.

''Pihak kerajaan, melalui Bank Negara, juga akan menyaran dan menggesa pihak bank mengambil inisiatif untuk memberi kelonggaran dan menstrukturkan semula pinjaman bagi peminjam- peminjam yang memerlukan," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan langkah kerajaan untuk memudahkan penjawat awam memiliki kereta dengan meningkatkan had kelayakan pinjaman kereta.

Bagi gred JUSA katanya, had kelayakan dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM70,000.

''Bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada RM55,000 kepada RM65,000 dan bagi kumpulan sokongan, had kelayakan dinaikkan daripada RM45,000 kepada RM55,000," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.