ARKIB : 05/11/2008
Al Islam, URTV raih Anugerah Majalah Terbaik 2007
![]() |
|
Zulkarnain Zakaria dan Lailatul Akuam Mat bersama hadiah kemenangan sempena Anugerah Majalah Terbaik bagi tahun 2007 di Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. - Gambar WAHIDAH ZAINAL |
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Anak syarikat Kumpulan Utusan, Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) berjaya meraih dua kemenangan sempena Anugerah Majalah Terbaik bagi tahun 2007 yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini hari ini.
Dua majalah keluaran UKSB, Al Islam terbitan Januari 2007 mendapat tempat ketiga bagi kategori majalah pengkhususan (Bahasa Malaysia) dan URTV terbitan Mei 2007 turut mendapat tempat ketiga bagi kategori majalah hiburan (Bahasa Malaysia).
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Dekan Fakulti Seni Industri dan Reka Bentuk Universiti Industri Selangor (Unisel), Profesor Raja Datuk Zahabuddin Raja Yaacob yang juga salah seorang hakim pertandingan.
Pengarang Kanan Al Islam dan Mastika, Zulkarnain Zakaria dan Ketua Pereka Letak, Lailatul Akuam Mat menerima anugerah tersebut bagi pihak UKSB.
Ia merupakan kali kedua Persatuan Penerbit-Penerbit Majalah Malaysia (MPA) menganjurkan anugerah berkenaan yang mempertandingkan lima kategori iaitu wanita, hiburan, gaya hidup, bisnes dan pengkhususan.
Anugerah berkenaan terbahagi kepada tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Cina.
Sementara itu, Presiden MPA Malaysia, Adi Satria berasa gembira dengan penyertaan majalah bagi tahun 2007 yang semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya.
''Pada tahun 2006, hanya sebanyak 80 majalah sahaja mengambil bahagian, namun pada tahun 2007, penyertaannya meningkat sehingga 105 majalah,'' katanya.
Beliau berharap penyertaan pada tahun ini akan terus bertambah memandangkan industri majalah semakin menggalakkan.
Sementara itu, majalah Going Places terbitan Blu Inc. Media yang menduduki tempat pertama bagi majalah pengkhususan( Bahasa Inggeris) muncul sebagai majalah muka depan terbaik tahun 2007.
Selain itu, Blu Inc. Media turut menyapu bersih beberapa kategori lain termasuk majalah Wanita (Bahasa Inggeris) iaitu Marieclaire dan Glam bagi kategori Majalah Wanita (Bahasa Malaysia).
Lain-lain kategori pula menyaksikan majalah Gempak terbitan Art Square Creation memenangi kategori majalah pengkhususan (Bahasa Malaysia) dan majalah Utopia bagi kategori hiburan (Bahasa Melayu).
Mansuh Dewan Negara, usaha DAP untuk ubah model Malaysia
Kerusi Exco Selangor: Pas 4, PKR 3, DAP 3 - Khalid
Perenang buta berjaya rentas Selat Pulau Pinang
Lebih 20,000 guru terlibat program JQaf seluruh negara
Guna saluran betul jika tidak puas hati - Lam Thye
Polis siasat Malaysia Spring
Pelbagai pihak sokong kenyataan Ahmad Zahid
Fokus kepada negeri dimenangi, bukan sibuk buat perhimpunan haram
MB arah pembalakan dihentikan
Pendidikan seimbang jadikan Malaysia hebat
RCI tangani isu PATI di Sabah
Veteran UMNO boikot AirAsia, AirAsia X
7 pendaki Everest-Felda tiba di Kem 2
640% kontraktor kelas F disenarai hitam - SPNB
Muzium wajar dilawati lebih kerap
RHB Bank bantu 10 badan kebajikan
Sambutan 100 tahun Prep School
Wahid yakin keupayaan bakal CEO baru Maybank
Lepasan Mara penuhi pasaran kerja
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










