VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 29/10/2008

Isteri bekas Ahli Parlimen Labuan meninggal dunia

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Isteri bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Kia Peng di sini pagi ini.

Allahyarham Datin Fatimah Wan Chik yang koma sejak 10 bulan lalu selepas menjalani rawatan kecantikan di sebuah klinik swasta di Klang, menghembuskan nafas terakhir di sisi anak lelaki dan abangnya kira-kira pukul 7.40 pagi.

Jenazah Allahyarham Fatimah dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan di sini untuk disembahyangkan kira-kira pukul 2 petang.

Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Labuan petang ini untuk urusan pengkebumian sama ada hari ini atau esok.

Suhaili ketika ditemui di perkarangan masjid tersebut berkata, beliau reda dengan pemergian isterinya itu.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan punca kematian Fatimah sebaliknya berkata, isterinya itu berada dalam keadaan koma selama hampir 10 bulan.

"Saya masih lagi terkejut dengan berita ini kerana saya dan anak- anak baru sahaja bersama Allahyarham kelmarin dan tiba-tiba mendapat berita menyedihkan pagi ini," katanya.

Allahyarham Fatimah, 44, dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota setelah tidak sedarkan diri semasa pembedahan kecantikan dilakukan dan kemudian dikejarkan ke pusat perubatan swasta lain di Jalan Ampang sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Prince Court.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir di masjid tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal serta Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

Sementara itu, anak Allahyarham, Saiful Redzuan Suhaili, 26, berkata, walaupun sedih tetapi beliau merasa puas dapat menjaga ibu sebaik mungkin sepanjang terlantar di hospital.

"Saya reda dengan pemergiannya dan saya berpuas hati kerana sebelum pemergiannya kami sekeluarga telah menjaga mama dengan sebaik-baiknya,'' jelas Saiful.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.