Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 28/10/2008
Perlu segera lapor polis

Perlu segera lapor polis

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad yang mendakwa menerima lebih 10 khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dinasihatkan membuat laporan polis segera.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, pihaknya tidak pernah menerima laporan berkenaan, justeru tiada tindakan dapat dibuat.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana bimbang pelbagai andaian akan dibuat berhubung kenyataan yang dikeluarkan.

''Jadi Shahrir kena pergi membuat laporan polis baru ada kes untuk dikaji jawatankuasa disiplin," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik berkata, ugutan tersebut mungkin datang daripada mereka yang hendak bertanding jawatan tertinggi parti tetapi belum mendapat pencalonan secukupnya.

Katanya, ugutan berkenaan perlu dipandang serius dan Shahrir perlu melaporkan hal itu kepada polis dan Jawatankuasa Disiplin UMNO.

''Saya pasti pihak polis boleh membantu mencari pemilik nombor berkenaan dan masalah boleh diselesaikan," ujarnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN