Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 23/10/2008
Teresa pakai lencana boikot Utusan

Teresa pakai lencana boikot Utusan

SHAH ALAM 22 Okt. - Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor hari ini mengedarkan kira-kira 500 lencana memboikot akhbar Utusan Malaysia.

Lencana tertulis perkataan 'PAKATAN RAKYAT BOIKOT Utusan' itu turut dipakai oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok. Ia diedarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sekinchan, Ng Suee Lim ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berhenti rehat tengah hari ini.

Selain memberinya kepada wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas, Suee Lim juga dilihat mengedarkan lencana itu kepada orang ramai yang berada di dewan makan DUN termasuk para petugas media.

"Ambil oleh-oleh ini, kita sediakan 500 keping, cukuplah dahulu," kata Suee Lim yang turut menghulurkan lencana itu kepada wartawan Utusan Malaysia dan KOSMO!.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN