VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 22/10/2008

Proton perkenal teksi Saga baru guna NGV

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Proton Holdings Bhd. (Proton) bercadang untuk memperkenalkan teksi Proton Saga baru yang dilengkapi dengan kemudahan kenderaan gas asli (NGV) pada Disember ini.

Menurut kenyataan Proton, ia akan melibatkan 400 unit Proton Saga baru yang akan dijadikan sebagai teksi untuk digunakan di negara ini dan akan dihantar secara berperingkat-peringkat.

''Sehingga kini, 900 unit kereta Proton telah ditempah untuk dijadikan teksi dan 500 unit daripadanya adalah daripada Proton Saga baru,'' katanya dalam kenyataan sempena penghantaran pertama Proton Saga baru kepada empat buah konsortium teksi, di sini hari ini.

Penghantaran pertama ini membabitkan sebanyak 100 unit daripada 500 unit Proton Saga baru itu.

Empat syarikat tersebut ialah Public Cab Sdn. Bhd., KCM Fleet Sdn. Bhd., Avenue Drive (M) Sdn. Bhd. dan Perniagaan Lima Sejati Sdn. Bhd.

Bagaimanapun, bagi penghantaran pertama ini, ia melibatkan Proton Saga baru yang tidak dilengkapi NGV.

Majlis penghantaran peringkat pertama itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Mohamad Shukor Ibrahim dan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran.

Kenyataan itu menjelaskan, teksi Proton Saga baru itu memiliki kelebihan daripada segi kuasa enjinnya yang dipertingkatkan kepada 1.6 liter Campro berbanding 1.3 liter Campro bagi Proton Saga baru yang digunakan oleh pengguna lain.

Dalam pada itu, ia juga dilengkapi dengan sistem penggera dan kuasa stereng.

Selain Saga baru, kereta Proton telah digunakan sebagai teksi di negara ini daripada model Perdana, Waja, Wira dan Iswara.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.