VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 14/10/2008

Dasar 'langit terbuka' ASEAN bawa faedah - Bashir

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Dasar langit terbuka Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bakal memberi faedah kepada sektor penerbangan dan juga pengembara.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Seri Bashir Ahmad berkata, ASEAN tidak boleh mencontohi perjanjian langit terbuka antara Kesatuan Eropah dengan AS.

"Meskipun kita tidak boleh mencontohinya, kita boleh membuka ruang udara sesama kita berdasarkan konsensus," katanya semasa berlangsungnya Forum Pembangunan Laluan Dunia Ke-14 (Routes KL 2008) di sini hari ini.

Forum anjuran MAHB itu dihadiri oleh 2,500 anggota perwakilan.

Bashir berkata, cara ASEAN akan memberi faedah kepada pengembara.

Menurut beliau perjanjian perkhidmatan udara dua hala antara Malaysia dengan Singapura menghasilkan pertumbuhan lalu lintas.

"Apabila kerajaan membenarkan Tiger Airways dan Jetstar Asia Airways mengadakan perkhidmatan di sini awal tahun ini, pasaran berkembang sebanyak 10 peratus daripada 1.3 peratus dalam tempoh 2006-2007," katanya.

Dasar langit terbuka ASEAN akan membolehkan penerbangan di antara bandar-bandar ibu kota dalam ASEAN diadakan tanpa had.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.