VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 12/10/2008

Bimbang harga sawit terus merudum

MARAN 11 Okt. - Golongan peneroka di sini bimbang dengan arah aliran kejatuhan harga kelapa sawit sejak akhir-akhir ini hingga menjejaskan pendapatan mereka.

Mereka mendakwa, harga sawit kini berada pada paras terendah iaitu RM370 setan metrik berbanding RM454 setan metrik pada 27 September lalu.

Sebelum Ramadan lalu, kata mereka, harga komoditi itu berada pada paras RM863 dan RM900 setan metrik.

Ketua Peneroka Felda Dahlia Jengka 3, Mohd. Nayan Putih berkata, peneroka mempunyai asas untuk berasa bimbang kerana harga semasa buah tandan segar (BTS) kelapa sawit kini adalah sekitar RM370 setan metrik.

Jika harga komoditi itu terus merudum, tegasnya, hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup di kalangan masyarakat peneroka turut terjejas.

''Jika ini berlaku, ramai peneroka akan memperoleh pendapatan sifar kerana banyak potongan dibuat seperti harga baja, penyelenggaraan ladang, yuran kemasyarakatan dan sebagainya,'' katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Exco Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Jengka 9, Mat Jali Jamil memberitahu harga sawit pada masa ini menunjukkan perbezaan ketara berbanding sebelum bulan puasa lalu.

Sehubungan itu, tegasnya, kerajaan perlu mencari satu mekanisme bagi membendung kesan kejatuhan harga sawit kerana jika ia tidak dikawal, implikasinya amat dirasai golongan pekebun kecil dan peneroka.

''Walaupun ia berkaitan dengan pasaran global tetapi mungkin ada mekanisme tertentu yang boleh mengawal kejatuhan harga sawit di pasaran daripada terus berada pada paras terendah sekarang," katanya.

Ketua Kampung Felda Kemboja Jengka 4, Wan Mustaffa Roni Wan Hayat turut bimbang dengan kejatuhan harga sawit kerana ia mempengaruhi pendapatan peneroka.

Justeru, katanya, kerajaan mungkin boleh mewujudkan stok minyak sawit seperti stok petroleum bagi mengawal harga supaya sentiasa stabil demi kebaikan rakyat dan negara.

Beliau berkata, harga komoditi di paras terendah itu memberi kesan kepada peneroka yang terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk membeli baja dan racun perosak yang mahal harganya.

''Bagaimanapun, kita yakin kerajaan akan berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah itu seperti memberi subsidi harga baja dan sebagainya,'' katanya.

Peneroka Felda Raya Jengka 14, Mohamad Razali Mamat, 40, berharap kejatuhan harga sawit di pasaran hanya bersifat sementara dan yakin ia kembali melonjak berikutan permintaan tinggi terhadap minyak sawit.

Kerajaan, katanya, pasti akan mencari jalan untuk menstabilkan harga komoditi itu seperti mendapatkan pasaran baru yang lebih luas di negara-negara Arab, Afrika dan Eropah.

''Peneroka yang mengamalkan sikap berjimat-cermat semasa harga sawit melonjak dahulu mungkin tidak mengalami kesan yang teruk daripada kejatuhan harga komoditi itu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.