Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
EKONOMI

ARKIB : 10/10/2008
Krisis: Ekonomi Malaysia tidak terjejas

Krisis: Ekonomi Malaysia tidak terjejas

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Malaysia sebenarnya tidak terjejas oleh krisis kredit semasa Amerika Syarikat (AS) kerana pasaran eksport negara adalah pelbagai, kata Alexander Stedtfeld, Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman.

Beliau berkata, ini kerana Malaysia kini kurang bergantung kepada pasaran Amerika.

"Penggantungan kini kurang berbanding 10 hingga 15 tahun lepas dengan Amerika Syarikat merupakan pasaran eksport paling penting untuk Malaysia dengan hampir 30 peratus eksport Malaysia memasuki negara itu," katanya.

"Hari ini, AS hanya di tempat keempat dengan 16 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport Malaysia," katanya pada Majlis Pemadanan Perniagaan Malaysia-Jerman di sini hari ini.

Stedtfeld berkata, berikutan penurunan harga minyak global, pihaknya menjangkakan mendapat manfaat.

"Semasa berbincang dengan pakar, mereka berkata, nilai realistik harga minyak mentah ialah sekitar AS$60 (RM307.12) setong," katanya.

Harga minyak mencecah paras tertingginya pada AS$140 (RM488.60) setong beberapa bulan lepas, namun turun sejak kebelakangan ini susulan kebimbangan terhadap ekonomi dunia.

Ia turun di bawah AS$88 (RM209.40) setong di New York malam tadi. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN