VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 09/10/2008

Sri Aman berubah wajah 2013

SRI AMAN 8 Okt. - Bandar Sri Aman bukan lagi 'bandar tidur' seperti jolokan sebelum ini apabila pelbagai projek yang sedang rancak dilaksanakan pada masa ini bakal mengubah bukan sahaja landskap malah ekonomi penduduknya menjelang tahun 2013.

Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji berkata, bandar ini mungkin akan dikenali ramai sebagai 'Bandar Beras' atau 'Bandar Sukan Benak' ekoran projek utama di kawasan itu adalah jelapang padi serta popular dengan sukan benak.

Menurutnya, persepsi masyarakat sebelum ini pastinya akan berubah setelah projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan di kawasan ini akan siap dalam tempoh beberapa tahun lagi.

''Bandar Sri Aman akan berubah wajah dengan adanya perlaksanaan projek agropolitan di Lingga-Stumbin di samping pesta-pesta yang berlangsung di sini seperti Karnival Ikan Bulu, Regata, Pesta Benak di Sungai Batang Lupar pada setiap tahun.

''Kita jangka pada tahun 2012 atau 2013 menyaksikan bandar Sri Aman sebagai sebuah bandar yang tidak lagi sunyi," katanya di sini malam semalam.

Beliau berkata demikian pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2008 Peringkat Bahagian Sri Aman yang berlangsung di pekarangan luar Dewan Suarah Sri Aman di sini.

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2008 Peringkat Bahagian Sri Aman itu dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wilson Baya Dandot.

Abang Shamshuddin berkata, pelaksanaan pelan bandar baru termasuk pembinaan Stesen Pemantauan Benak serta Taman Tebingan Batang Lupar akan menjadi ikon baru bandar ini malah menjadikan suasana yang cantik di sepanjang Sungai Batang Lupar.

Katanya, pelan bandar baru yang kini masih dalam proses turut membabitkan pembinaan sebuah hotel bertaraf tiga bintang dan beberapa buah deretan kedai di lokasi Jalan Resa serta sekitarnya.

Malah tambahnya, Stesen Pemantauan Benak dan Taman Tebingan Batang Lupar yang siap kelak akan menjadi tarikan kepada para pelancong dari luar bandar ini bagi tempoh beberapa tahun akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.