Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
RENCANA

ARKIB : 09/10/2008
Sehari sebuah buku

Sehari sebuah buku

KES pelajar dibuli kini semakin lumrah. Mangsa buli pula terdiri daripada pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri.

Pelajar kategori ini akan diugut, digertak, diusik dan disakiti oleh pelajar lain di sekolah. Mereka juga tidak mempunyai keberanian untuk mengadu kerana bimbang menerima padah.

Buku ini membimbing pembaca memahami tingkah laku buli dan gejala buli di sekolah termasuk cara-cara menjadikan anak ‘kalis’ perlakuan buli. Panduan mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anak menjadi pembuli turut diperturunkan di dalam buku ini.

Penulis turut memperkatakan perihal gangsterisme yang mempunyai hubungkait dengan kegiatan membuli pelajar di sekolah.

– MUHAMMAD ADIB FAHMY

Judul: Tip Menangani Buli Di Sekolah
Penulis: Azizi Yahaya, Sharin Hashim, Yusof Boon, Zurhana Muhamad
ISBN: 978-983-3586-54-7
Penerbit: PTS Professional

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN