ARKIB : 09/10/2008
Mengajar adab di meja makan
![]() |
|
|
ADAB di meja makan agak kurang diberi perhatian terutama pada kanak-kanak. Mereka sering tidak mengendahkan tatatertib apabila sudah nampak makanan di depan mata.
Perlakuan yang kurang sopan dan makan dengan gelojoh merupakan fenomena biasa bagi kanak-kanak ketika menjamu selera.
Dalam usia sebeginilah, mereka seharusnya didedahkan dengan adab yang boleh mencerminkan kelakuan dan taraf seseorang itu supaya apabila dewasa kelak, adab ini boleh diwarisi kepada anaknya pula.
Rentetan daripada kekurangan pendedahan etika makan di kalangan kanak-kanak di Malaysia, maka Perunding Imej Star Studio Image Consultancy, Aziah Jasmin Azizul Hassan telah mengambil inisiatif bagi mengembangkan adab di meja makan.
Menurut Aziah, etika makan atau table manners adalah aturan yang harus dilakukan saat bersama di meja makan.
Menggunakan program Mom's Choice Awards Los Angeles, Amerika Syarikat untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun dan remaja dari 13 hingga 17 tahun, Aziah berpandu kepada buku karya perunding imej, Louise Elerding yang bertajuk You've Got Manners sebagai bahan pengajarannya.
Dengan menggunakan kebenaran yang diterima daripada Elerding, maka beliau berharap bengkel etika makan yang dijalankan dapat memberi manfaat terutama dalam membaiki pembangunan skil, lebih berkeyakinan dalam bersosial dan berkebolehan dalam menyediakan atau menganjurkan jamuan teh atau hari lahir sendiri.
''Selain mempelajari adab makan, kanak-kanak boleh mempelajari menyusun atur meja seperti pelbagai lipatan napkin, hiasan meja makan dan penyediaan makanan dan minuman ringan.
''Kami turut mengajar adab makan semasa di restoran, di rumah, makan rasmi dan adab-adab lain dari A hingga Z,'' katanya ketika mengadakan sesi prebiu program You've Got Manners di Tadika Sinar Indah, Ampang, Selangor, baru-baru ini.
Menurut Aziah, berdasarkan buku You've Got Manners yang mempunyai watak utama Polly Politely dan Milton Manners, pengalaman amalan adab makan bermula.
Dengan kumpulan pelajar berjumlah 10 orang yang terdiri daripada usia enam tahun, beliau memulakan dengan mengajar susun atur peralatan makan seperti alas meja, gelas, pinggan, sudu dan garpu mengikut aturan huru. permulaannya.
Kata Aziah, beberapa perkara yang ditegah ketika di meja makan turut diberitahu seperti semasa menyelak buku di muka surat C iaitu comb (sikat rambut). Adalah dilarang menyikat rambut ketika makanan ada di meja kerana rambut akan jatuh ke dalam makanan.
''Begitu juga dengan huruf I iaitu ice cube, tidak boleh mengunyah ais kerana bunyi bising dan tidak sopan,'' jelasnya.
Program yang memakan masa 45 minit itu turut menurunkan tip-tip seperti:
lMakan dengan mulut yang tertutup saat mengunyah makanan.
lBerbicara dengan suara yang rendah.
lTutup mulut saat batuk atau bersin.
lJangan menyandarkan punggung di sandaran kerusi.
lJangan menimbulkan suara saat mengunyah makanan.
lJangan memainkan makanan dengan peralatan makan.
lJangan menimbulkan suara saat memakan sup.
lLetakkan garpu di sebelah kiri dan garpu di sebelah kanan bersama-sama di arah jam tiga di atas piring dengan bahagian pisau yang tajam menghadap ke dalam. Ini menandakan bahwa anda telah selesai makan.
lNapkin yang disiapkan untuk anda hanya untuk membersihkan mulut bila kotor.
lJangan mengambil makanan dari piring orang lain dan jangan memintanya juga.
lJangan lupa untuk selalu mengatakan 'tolong' dan 'terima kasih' setiap kali meminta bantuan.
Jelas Aziah, pada 24 dan 25 November ini, bengkel dua hari untuk golongan berusia tujuh hingga 12 tahun akan diadakan di The Royal Bintang, Damansara manakala pada 26 dan 27 November untuk usia 13 hingga 17 tahun. Bagi yang berminat boleh hubungi 03-61408701 kerana tempat terhad.
Tipu kerana nak kahwin
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Dugaan kasih ibu, anak
Finalis hadapi tugasan akhir
Solekan untuk ibu
Berkahwin atau menunjuk?
Ukur baju di badan sendiri
Bib's Florist kedai cenderamata
Ibu angkat 1,800 bayi
Anjakan bidang seni lukis
Harry tidak mahu tertipu lagi
Anak kecil mangsa buli
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










