Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 08/10/2008
Wartawan <i>Utusan</i> terbang percuma seumur hidup

Wartawan Utusan terbang percuma seumur hidup




SEPANG 7 Okt. – Wartawan Utusan Malaysia, Khairuddin Mohd. Amin hari ini menerima kejutan apabila anugerah tiket penerbangan percuma seumur hidup oleh syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia).

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, pemilihan Khairuddin yang merupakan Penolong Pengarang Ekonomi Utusan Malaysia dibuat kerana liputan berita dan artikel beliau yang banyak membantu perkembangan syarikat berkenaan.

‘‘Dengan itu, beliau layak menggunakan penerbangan AirAsia pada bila-bila masa untuk semua destinasi sepanjang hayatnya,’’ katanya pada majlis penyampaian hadiah itu di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini.

Majlis itu juga diadakan sempena perpisahan pesawat Boeing 737 syarikat itu yang digantikan dengan pesawat Airbus A320.

Tony turut berterimakasih kepada akhbar Utusan Malaysia yang tidak pernah jemu menyiarkan berita mengenai AirAsia sejak ia beroperasi tujuh tahun lalu.

Sementara itu, Khairuddin ketika ditemui berkata, beliau sama sekali tidak menyangka akan diberi penghargaan berkenaan.

“Saya dijemput ke majlis berkenaan pada pagi ini melalui satu panggilan telefon dan tidak diberitahu langsung mengenai hadiah yang akan disampaikan.

“Hadiah ini memang satu kejutan,’’ ujarnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN