ARKIB : 07/10/2008
Lemang, ketupat gergasi jadi daya tarikan
KUALA KANGSAR 6 Okt. – Lemang dan ketupat memang sudah menjadi raja hidangan utama kepada masyarakat lslam di negara ini setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Justeru Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) menterjemahkan juadah istimewa ini melalui landskap replika yang dibina di Dataran Jam Besar di sini bagi memeriahkan lagi perayaan.
Ia digambarkan dengan replika memasak lemang dan ketupat dalam periuk besar sedang di masak.
Pembinaan landskap lemang dan ketupat itu atas daya usaha dari Unit Kejuruteraan dan Penyenggaraan MPKK yang diketuai oleh juruteknik Azhar Bakar yang menggunakan bahan terbuang ataupun kitar semula.
Mereka menggunakan paip PVC sebagai lemang, periuk untuk memasak ketupat pula diperbuat daripada papan lapis di samping menggunakan kayu api, plastik, lampu hiasan elektrik dan pelbagai bahan lain sebagai daya penarik.
Pada waktu malam, landskap tersebut diterangi cahaya lampu berwarna-warni dan kelihatan seolah-olah lemang dan ketupat tersebut sedang dibakar dan direbus memeriahkan lagi suasana Aidilfitri.
Usaha yang dilakukan oleh MPKK ini dengan penggunaan bahan buangan kitar semula menyebabkan pelbagai landskap tersebut menarik menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Maklumat bocor jejaskan nelayan
Sukan bendang erat perpaduan
SAR, sekolah pondok diperkasa
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









