VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 04/10/2008

Tarikan sejarah di kota metropolitan Manila


Pusat rekreasi Manila Ocean Park ini menjadi tumpuan pengunjung bagi mengisi masa lapang pada hujung minggu bersama keluarga.


METRO Manila adalah salah sebuah bandar raya metropolitan terbesar di Filipina yang sentiasa sesak dengan orang ramai termasuk pelancong asing.

Metro Manila atau dalam bahasa tempatan, Kalakhang Maynila, merangkumi 14 buah bandar raya dan tiga bandar - adalah pusat ekonomi, politik dan sosial utama rakyat Filipina.

Lihat saja kepadatan penduduk kota ini dengan kira-kira 16 juta penduduk menjadikan bekas koloni Sepanyol pada abad ke-16 ini sebuah kota raya sibuk, bagaikan `tidak pernah tidur'.

Filipina terdiri daripada 7,107 pulau dengan jumlah rakyat keseluruhan ialah 84 juta orang. Negara ini sering dianggap sebagai satu-satunya negara Asia Tenggara yang mempunyai pengaruh budaya barat sangat kuat.

Bagi yang gemarkan hiburan, ia merupakan tarikan utama ke kota ini. Jika anda menyusuri kota ini pada waktu malam, kiri dan kanan penuh dengan beberapa pusat hiburan.

Di celah-celah kota Manila sendiri diwarnai dengan gelagat manusia pelbagai peringkat umur mencari kesenangan.

Tidak dinafikan, pengaruh Barat begitu kuat di sini. Jangan kata budaya, konsep pembangunan dan pembinaan semula bangunan-bangunan musnah di bandar raya yang suatu ketika telah `tenggelam' akibat peperangan juga mengambil contoh bandar raya metropolitan di Amerika Syarikat.

Jika diamati, sejarah republik ini sendiri adalah sebuah bandar moden masa lalu terutama sekitar 1950-1960 berbanding bandar-bandar di rantau ini seperti Kuala Lumpur, Jakarta, Bangkok, Seoul dan Tokyo yang belum bergerak kesan kemusnahan Perang Dunia Kedua.

Baru-baru ini, penulis berkesempatan berkunjung ke Manila bersama rakan wartawan Sabah yang ditaja oleh Cebu Pacific Air dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Manila hanya memakan masa dua jam tanpa ada perbezaan waktu kedua-dua negara.

Melihat kepada suasana Metro Manila, pagi atau malam, kesibukan bandar raya metropolitan ini sama saja. Kota `tenggelam' ini telah berubah kepada bandar raya metropolitan, Manila pesat membangun.

Tempat-tempat menarik untuk dilawati adalah mercu tanda sejarah, iaitu Intramuros yang bermaksud `dalam bangunan' atau `within the wall'. Konsepnya agak sama seperti Kota A'Famosa di Melaka.

Di Intramuros juga terdapat muzium Light and Sound. Di sini, para pengunjung akan di bawa merentasi sejarah republik ini menerusi penggunaan grafik, muzik dan animasi.

Pengunjung akan menyaksikan sejarah negara ini bermula dengan perjuangan Rajah Sulayman dan Lapu-Lapu menentang penguasaan Ferdinand Magellan yang mendarat di gugusan kepulauan itu pada 1521 sehingga kepada revolusi yang dibawa oleh Dr. Jose Rizal.

Negara ini sendiri mendapat nama Filipina setelah diperintah oleh penguasa Sepanyol, Raja Felipe II.

Turut diceritakan ialah zaman pemerintahan Sepanyol yang tamat pada tahun 1898 setelah tewas dalam peperangan dengan Amerika Syarikat.

Pemerintahan negara Uncle Sam selama 48 tahun itu berakhir apabila Filipina mencapai kemerdekaan pada 1946.

Antara peninggalan penaklukan Sepanyol di republik ini ialah gereja Katolik St. Agustin dan muzium Casa Manila.

Selain lokasi bersejarah, tempat-tempat menarik yang perlu dilawati oleh pelancong ialah taman tema terbesar Filipina iaitu Enchanted Kingdom, Manila Ocean Park dan pusat hiburan Pagcor.

Di Filipina, rakyat negara ini menggunakan `jeepney' sebagai pengangkutan umum selain bas atau teksi.

Keunikan jeepney ialah ia diubahsuai sendiri oleh pemilik kenderaan ini. Ia memang satu pengangkutan awam yang popular. Penumpang sanggup berasak-asak untuk menaikinya kerana harga tambangnya yang murah.

Selain tempat-tempat bersejarah, aktiviti membeli-belah merupakan satu kemestian apabila ke Metro Manila.

Rombongan kami turut di bawa berkunjung ke pusat membeli-belah terkemuka di Metro Manila iaitu SM Mall of Asia, Greenbelt dan Greenhills di Bandaraya Makati.

Pelbagai barangan buatan tempatan dan import boleh didapati di sini dengan harga berbeza-beza.

Justeru, tidak kira dasar politik atau ekonomi pemimpin negara ini yang silih berganti setiap enam tahun, menurut seorang rakan yang membawa kami menjelajah, rakyat di negara itu memerlukan pemimpin yang boleh membawa kemajuan ekonomi kepada Filipina.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.