VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 29/09/2008

Hasil seni sulaman reben


Himpunan kusyen dengan sulaman reben.


SULAMAN reben mungkin masih asing di kalangan masyarakat di sini. Ia masih tidak diperkembangkan berbanding sulaman mesin, sulaman kerawang dan sulaman tangan.

Sebenarnya sulaman reben ini telah menjadi hasil kraf yang begitu bernilai di negara Eropah terutama di Perancis. Di Perancis, kebanyakan hasil kraf ini dijadikan hiasan untuk pakaian, topi dan hiasan rumah.

Pengarah eZSi2u Sdn. Bhd., Suzana Mustafa berkata, hasil krafnya sungguh cantik dan unik serta memerlukan kesabaran dan kesungguhan dalam menyiapkannya.

Ia menggunakan bahan-bahan seperti kain tapestry (sofa), reben, benang sulaman, fabrik pen, penebuk kain dan ram.

Ram digunakan untuk menegangkan kain. Terdapat dua jenis ram iaitu ram kayu untuk membuat sulaman reben bersaiz besar manakala ram getah untuk sulaman bersaiz kecil.

Menurutnya, sulaman ini sesuai menggunakan reben satin dan reben kain kapas serta reben sutera.

''Antara produk sulaman reben yang dihasilkan oleh saya ialah penutup bekas kuih, penutup bakul, bingkai gambar, kerongsang, beg jerut, bekas hantaran, lapik cadar, kotak dan kad.

''Produk ini saya jual melalui Internet di www.dtoko.com dan ejen,'' katanya yang belajar menjahit sulaman reben di Quilt Gallery, Bangsar.

Tambahnya yang baru berhenti kerja dari UEM Group untuk memberi tumpuan sepenuh masa kepada perniagaan ini berkata, sebenarnya menjahit sulaman ini adalah hobi tetapi kerana permintaan menggalakkan ia telah menjadi satu cabang perniagaan selain sebagai pengasas kepada laman web beli-belah Internet www.wanita melayu.com.

Katanya, terdapat 23 teknik sulaman reben yang boleh dibuat. Antaranya ialah Stem Stitch, Folded Ribbon Rose, Ribbon Carnation, Web Rose, Fly Stitch, Loop Straight Stitch, French Knot and Colonial Knot dan Fishbone Stitch.

''EZSi2U Sdn. Bhd. juga turut menawarkan kursus bagi yang berminat selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad dengan bayaran RM350 termasuk peralatan dan bahan. Mereka boleh hubungi 012-6819435,'' kata pemegang Diploma Kesetiausahaan, Bedford College ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.