VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 27/09/2008

Gaya profesional lelaki Pedro


KASUT dan beg lelaki yang berkerjaya profesional.


MODEN dan sofistikated merupakan pilihan Pedro bagi koleksi kasut dan aksesori lelaki pada Musim Luruh/Sejuk 2008. Menampilkan gaya mewah dan sofistikated, Pedro mengetengahkan sentuhan klasik dan moden bagi koleksinya yang tampak bergaya.

Bagi ramai orang, hitam menjadi simbol gaya, ada kelas dan mewah. Setiap rekaan Pedro sama ada kasut atau beg lelaki dibuat dengan begitu teliti dan kemas daripada kulit haiwan.

Kemasan corak anyaman dan jahitan halus menjadikan beg Pedro sesuai bagi lelaki yang berkerjaya profesional. Ini kerana tersembunyi di sebalik gaya klasiknya adalah rekaan kontemporari yang sempurna dengan ciri moden.

Musim luruh/sejuk yang menterjemahkan mengenai kehangatan dan keselesaan menjadi pilihan Pedro bagi koleksi terbaru ini.

Warna-warna lembut lagi menawan dengan gandingan warna tanah sudah semestinya menyegarkan mata memandang. Apa yang penting, lelaki Pedro nampak lebih berkeyakinan.

Ciri-ciri aksesori seperti zip dan ganca pada koleksi beg lelaki memberikan gaya yang praktikal dan maskulin. Dengan kata lain, ia merupakan gambaran yang ideal bagi mereka yang memahami keinginan sebenar seseorang individu.

Sementara itu, koleksi kasut Pedro direka agar nampak elegan dengan pilihan warna asas, iaitu hitam dan putih. Kemasan benang khas yang tahan dan berkualiti terdapat kasut yang masih mengekalkan keselesaan pemakainya.

Terdapat beberapa pilihan kasut sarung atau bertali yang sesuai bagi digayakan ke acara santai, kasual, minum petang atau ke majlis rasmi. Koleksi kasut Pedro sudah pastinya berjaya menambat hati lelaki yang melihat.

Setiap produk Pedro dijual pada harga antara RM99 dan RM349.

Mengenai Pedro
MENGEKALKAN gaya vogue dalam dunia fesyen terkini, Pedro melebarkan namanya dalam zon keunggulan kasut dan aksesori lelaki.

Butik ini menawarkan rangkaian kasut lelaki dengan gaya klasik yang tidak terbatas dan dipengaruhi gaya antarabangsa.

Gandingan kayu gelap dan kemasan kaca hitam mencipta gaya ikon yang nyata bagi butik fesyen lelaki. Inovasi serta ketelitian dalam menghasilkan sesuatu rekaan menjadikan Pedro pilihan lelaki yang mementingkan gaya.

Butik Pedro kini beroperasi di Indonesia, Filipina, Mesir, Dubai, Malaysia dan Singapura.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.