VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 22/09/2008

Manipulasi kegunaan bakul

JIKA dahulu, bakul mahupun raga hanya digunakan untuk ke pasar, manakala yang tiada pemegang dijadikan bekas menyimpan pakaian ataupun barangan jahitan.

Kini, kegunaannya sudah dipelbagaikan, apatah lagi ia mula hadir dengan pelbagai bentuk dan saiz yang cukup memikat hati.

Justeru, keindahan bakul mengkuang dan raga kotak semakin dipandang terutama wanita. Ada yang menjadikan bakul kecil yang cantik sebagai beg tangan atau dijadikan beg sampingan mengisi dokumen penting.

Paling ketara, ramai semakin berminat memilih bakul untuk dijadikan bekas hantaran dengan menghias cantik bakul tersebut manakala bakul bersaiz kecil dijadikan pula 'hadiah' kepada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan.

Tidak kurang juga memilih bakul bagi mengindahkan hamper pemberian ikhlas terutamanya pada Hari Raya yang bakal menjelang.

Bayangkan kuih-kuih raya disusun cantik di dalam bakul beraneka bentuk dan warna yang dihias bunga mahupun reben. Pasti cantik dan penerimanya turut tertawan dengan pemberian tersebut.

Bagi mereka yang tercari-cari bakul penghias hamper dan gemarkan sesuatu yang unik tetapi menarik, mungkin boleh singgah di Kia Klemenz, kedai hiasan dan dekorasi yang terkenal.

Istimewanya, reka bentuk bakul-bakul di Kia Klemenz direka sendiri bagi memberikan kelainan kepada pelanggan.

Menurut salah seorang pemiliknya, Rogayah Yusof Khan, 51, bakul-bakul rekaannya bukan sahaja cantik, tetapi yang penting ia boleh dipelbagaikan iaitu diguna semula sebagai beg tangan, bekas aksesori mahupun dijadikan hiasan rumah.

Bakul-bakul yang terdiri daripada bentuk bulat, bujur, segi empat sama ataupun tepat itu diperbuat daripada pelbagai bahan antaranya daun mengkuang, buluh, rotan dan daun lalang.

Tambah beliau, bakul-bakul ini diperoleh dari serata negara Asean seperti Filipina, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Malaysia sendiri.

Royagah yang bertindak sebagai Pengarah Kia Klemenz Sdn. Bhd. ketika ditemui berkata, beliau cuba mengembalikan semula warisan bangsa Melayu menerusi bakul-bakul keluaran mereka.

"Pentingnya, warisan bangsa kita perlu dijaga. Jika tidak ia akan ditelan zaman, hilang dalam arus peredaran zaman.

"Pelanggan juga kini semakin mencari reka bentuk lama agar ia nampak asli. Cuma, rekaan bakul kami cukup mementingkan fungsi pelbagai guna," katanya.

Rogayah memberitahu, biarpun mementingkan keaslian bagi menjaga warisan Melayu, tetapi ada juga bakul-bakul yang diperbaharui mengikut kehendak semasa.

Sebagai contoh, raga dan bakul nyonya diubahsuai dengan menampilkan warna-warna menarik supaya ia boleh dijadikan hiasan rumah atau digunakan semula mengikut cita rasa pelanggan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.