VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 21/09/2008

Himpunan doa khusus untuk sihir

DOA merupakan senjata mukmin dan ruqyah merupakan himpunan potongan ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi doa khusus untuk mengubati sihir dan gangguan makhluk halus.

Ayat-ayat ruqyah andai dibaca dengan bacaan yang benar, iman yang bersih dan hati yang ikhlas sangat ditakuti oleh makhluk-makhluk jahat.

Mengandungi 19 buah trek, pembukaan album ini dimulai dengan surah al-Fatihah dan diikuti bacaan surah al-Baqarah ayat-ayat 1-5; 102; 163-164; 255-257 dan 285-286).

Kemudian diikuti bacaan daripada petikan surah Ali-Imran ayat 18-19, surah al-A’arf ayat-ayat 54-56 dan 117-122 serta surah Yunus ayat 81-82.

Selain itu petikan yang turut dimuatkan adalah petikan bacaan surah Taha ayat 69, surah al-Mukminun ayat 115-118, surah as-Soffat ayat 1-10, surah al-Ahqat ayat 29-32, surah ar-Rahman ayat 33-36, surah al-Hasyr ayat 21-24, surah al-Jin ayat 1-9 dan surah al Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas diikuti dengan bacaan Doa Bismillah Ruqyah sebagai penutup.

Album ini menampilkan bacaan daripada Ustaz Mohd. Taha Hassan Azahari, anak kepada Datuk Hassan Azahari yang cukup sinonim dengan sumbangannya dalam perkembangan ilmu tajwid dan al-Quran di negara ini.

Album: Ayat-ayat Ruoyah – Ustaz Mohd. Taha Hassan Azhari
Edaran: Inteam Records Sdn. Bhd.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.