ARKIB : 19/09/2008
Jawatankuasa Disiplin PKR panggil Zulkifli Nordin
KUALA LUMPUR 18 Sept. - Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dipanggil Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam ekoran pembabitan beliau dalam perhimpunan membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam.
Zulkifli berkata, ahli panel jawatankuasa itu menyifatkan tindakan beliau terlalu agresif dan bercanggah dengan pendirian parti sewaktu menyertai perhimpunan tersebut.
Menurutnya, Biro Politik PKR akan menentukan tindakan ke atasnya setelah siasatan dilakukan oleh jawatankuasa tersebut.
''Saya diminta memberi penjelasan tentang penglibatan saya dalam Himpunan Aman Umat Islam pada 9 Ogos lepas bagi membantah forum anti-Islam yang dianjurkan Majlis Peguam.
''Saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai himpunan aman itu malahan kalau Majlis Peguam bercadang untuk mengulangi keangkuhan sikap anti-Islam mereka ini, sudah pasti mereka akan dapati saya berada di sana mempertahan dan membela Islam,'' tegasnya dalam blognya.
Beliau turut menegaskan tindakannya dibuat sebagai mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya PKR.
Pada Ogos lalu, Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini setelah dilihat memperbesarkan isu dan penderitaan saudara baru yang keluar daripada Islam selepas bercerai.
Rentetan daripada penganjuran forum tersebut, satu demonstrasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah diadakan bagi membantahnya.
Dalam pada itu, Zulkifli yang akan mengerjakan umrah mulai esok memberitahu beliau akan memikirkan secara serius kedudukannya sebagai Ahli Parlimen.
''Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam,'' ujarnya.
Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan
PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura
Mubarak: Lepaskan kerakyatan jika tidak setuju keputusan PRU-13
Rektor Kuin hantar surat letak jawatan
Forum bertukar sesi tohmahan terhadap BN
BN, Pakatan fail petisyen PRU-13
Cadangan Karpal dianggap hina Dewan Negara
Perkasa kutuk demonstrasi di kota London
Guling kerajaan bertentangan dengan maqasid syariah
Pas diminta keluar kenyataan rasmi tolak politik ganas
Perhimpunan jalanan Sabtu ini memalukan
Demonstrasi di luar negara cemar imej rakyat
Gerakan minta UMNO ketuai BN jadi parti pelbagai kaum
Anwar terus hasut rakyat
Spring bukan cara Pas, Islam
Dewan Pemuda Pas tolak politik ganas
Anwar tidak komited untuk berdamai - Jusuf Kalla
Segera hentikan permainan Anwar sebelum terlambat
Himpun bantah keputusan PRU-13 hina Agong
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









