VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 18/09/2008

Pemuda UMNO Pagoh bidas Idris

MUAR 17 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron yang menuduh Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba meraih populariti apabila meminta peralihan kuasa pucuk pimpinan negara dipercepatkan.

Ketuanya, Hatta Mohd. berkata, kenyataan Idris itu itu dianggap sebagai tidak matang kerana beliau baru setahun jagung dalam politik tetapi bertindak seolah-olah menjadi jaguh dalam mempertahankan isu peralihan kuasa itu.

Menurutnya, Idris sepatutnya memahami kehendak akar umbi dan perlu sedar bahawa ahli Pergerakan Pemuda termasuk Pagoh yang memastikan beliau mendapat tempat sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

"Kami kesal dengan kenyataan Idris itu dan dia seharusnya memahami kenyataan Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh amat jelas dan mahukan parti terus kuat serta ikhlas dalam perjuangan memartabatkan bangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau yang juga Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Johor mengulas kenyataan Idris yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada Sabtu lalu bahawa langkah Muhyiddin menggesa Perdana Menteri supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa kepada timbalannya sebagai tindakan untuk meraih populariti.

Idris berkata, Muhyiddin cuba menunjukkan beliau tidak mahu dikaitkan dengan pucuk kepimpinan tertinggi dengan mengharapkan dapat meraih sokongan daripada peringkat bawahan.

Muhyiddin sebelum ini dilaporkan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memikirkan semula tarikh peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut dianggap terlalu lama.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.