VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 17/09/2008

Tiket kereta api masih dijual

KUALA LUMPUR Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan bahawa tiket-tiket ke semua destinasi masih dijual tetapi bergantung kepada tarikh perjalanan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, KTMB memberitahu, pihaknya menyediakan sebanyak 51,130 tiket pelbagai kelas untuk kesemua sektor perjalanan bagi tarikh 24 hingga 30 September.

Menurut kenyataan itu, daripada jumlah tiket yang disediakan itu, sebanyak 31,468 tiket telah dijual manakala bakinya sebanyak 19,662 tiket masih ada.

Bagaimanapun, kebanyakan tiket ke utara, pantai timur dan selatan telah atau hampir kehabisan manakala tiket perjalanan dari utara, pantai timur dan selatan menuju ke Kuala Lumpur atau Singapura masih banyak lagi.

Antara perjalanan yang telah kehabisan tiket untuk perjalanan 25 hingga 30 September ini ialah Ekspres Rakyat Singapura ke Butterworth, Ekspres Sinaran Kuala Lumpur ke Padang Besar, Ekspres Langkawi Singapura ke Tumpat.

Turut kehabisan tiket ialah Ekspres Wau Kuala Lumpur ke Tumpat, Ekspres Gading Mas Kuala Lumpur ke Tumpat, Ekspres Lambaian Timur Singapura ke Gemas manakala Ekspres Senandung Malam Ipoh ke Singapura hanya kehabisan untuk perjalanan pada 26 September sahaja.

Bagi perjalanan bermula 1 hingga 7 Oktober pula, KTMB menyediakan sebanyak 49,090 tiket pelbagai kelas untuk kesemua destinasi.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 22,573 tiket telah dijual dan meninggalkan baki sebanyak 26,517 tiket sahaja.

Perjalanan antara 4 hingga 6 Oktober yang telah kehabisan tiket ialah Ekspres Sinaran Butterworth ke Kuala Lumpur, Ekspres Langkawi Padang Besar ke Kuala Lumpur, Ekspres Timuran Tumpat ke Singapura, Ekspres Wau Tumpat ke Kuala Lumpur dan Ekspres Gading Mas Tumpat ke Kuala Lumpur.

Bagi Ekspres Rakyat Butterworth pula hanya tiket pada 5 Oktober sahaja yang telah habis manakala perjalanan Ekspres Timuran Tumpat ke Singapura dan Ekspres Wau Tumpat ke Kuala Lumpur juga telah kehabisan sehingga 7 Oktober.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.