VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 15/09/2008

Malaysia kekal kilang Freescale terbesar di dunia

PETALING JAYA 14 Sept. - Peneraju industri alat pengalir dunia, Freescale Semiconductor (Freescale) akan terus mengekalkan Malaysia sebagai lokasi kilang pemasangan dan penguji produk berkenaan yang terbesar di dunia.

Pengarah Urusan dan Pengurus Negara, Freescale Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd., Soon Chong Beng berkata, Malaysia dipilih kerana lokasinya yang strategik selain potensi pasaran di negara-negara sekitar Asia.

"Freescale Semiconductor secara keseluruhannya merupakan pembekal nombor satu dunia dalam beberapa produk elektronik.

''Ini termasuk pengalir bersepadu automotif, transistor radio frekuensi berkuasa untuk kemudahan pelaksanaan teknologi 2.5G dan 3G tanpa wayar dan pemproses alat komunikasi bersepadu," kata beliau.

Chong Beng berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Sungai Way, di sini baru-baru ini.

Freescale Semiconductor yang berpusat di Austin, Texas di Amerika Syarikat dan ditubuhkan sejak lebih 36 tahun lalu, beroperasi di 30 buah negara dengan 24,000 kakitangan di seluruh dunia manakala Malaysia mempunyai kakitangan seramai 4,500 orang.

Kakitangan di Malaysia mewakili 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja syarikat berkenaan di luar negara.

Chong Beng berkata, pada masa ini, 100 peratus kakitangannya adalah rakyat tempatan, tetapi mulai tahun ini, pihaknya merancang untuk mengambil lima peratus pekerja di kalangan rakyat asing.

Langkah itu perlu bagi mengisi keperluan syarikatnya menjelang musim puncak dan musim-musim perayaan bagi melancarkan perjalanan operasi syarikat.

Beliau menambah, Freescale Semiconductor di Malaysia turut melancarkan pelbagai kempen termasuk kempen kesalahan sifar produk bagi meningkatkan mutu pengeluaran selain memberi kepuasan maksimum kepada para pelanggannya.

Syarikat antarabangsa itu berjaya mencatat perolehan sebanyak AS$5.7 bilion (RM18.5 bilion) tahun lalu dan AS$1.4 bilion (RM4.5 bilion) pada suku pertama tahun ini.

Mengulas pencapaian syarikat Freescale Semiconductor di Malaysia, Chong Beng berkata, pihaknya telah memenangi banyak anugerah termasuk TheBrandLaureate peringkat Asia Pasifik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.