|
SANDAKAN 14 Sept. - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menasihatkan ahli UMNO supaya tidak membuat apa-apa keputusan secara terburu-buru kerana dikhuatiri boleh menyebabkan perpecahan.
Beliau berkata, apa yang penting sekarang ini ialah seluruh ahli UMNO mestilah menumpukan segenap usaha untuk memperkukuh dan memantapkan parti.
"Dalam keadaan sekarang, kita hendaklah kembali bersatu dan duduk bersama dalam menyelesaikan sebarang masalah kerana apa juga masalah sebenarnya boleh diselesaikan secara bersama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama pemimpin UMNO Bahagian Libaran di sini hari ini.
Beliau mengulas gesaan Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi menimbangkan semula tarikh peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh itu terlalu lama.
Musa yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berharap anggota UMNO bersabar dan bertenang berhubung isu pelan peralihan kuasa itu.
IKLAN@UTUSAN
|