VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 September 2014 / 5 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 09/09/2008

Gadis dirogol lima lelaki

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Gara-gara mengikut teman lelakinya yang baru dikenali ketika makan di sebuah restoran, seorang gadis berusia 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki termasuk teman lelakinya di sebuah rumah di Kepong dekat sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, setelah makan di restoran tersebut, mangsa telah dibawa menaiki kereta oleh teman lelakinya ke rumah berkenaan dengan alasan dia mahu menukar baju.

Ketika menunggu di ruang tamu, muncul empat lelaki lain dipercayai rakan kepada teman lelakinya itu dan mereka berlima bertindak tidak senonoh terhadap mangsa.

Difahamkan, setelah enggan mengikut arahan teman lelakinya supaya menuruti kehendak mereka, empat suspek tersebut bertindak mengangkat mangsa masuk ke dalam salah sebuah bilik dan merogolnya bergilir- gilir.

Selepas itu, salah seorang suspek dipercayai mengugut mangsa supaya tidak membuat laporan polis sambil menunjukkan kad kuasa polis sebelum meninggalkan mangsa di Taman Shamelin, Cheras.

Mangsa kemudiannya terpaksa berjalan kaki kira-kira lima kilometer untuk sampai ke rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu.

Katanya, pihaknya sedang menyiasat dakwaan mangsa itu sebelum sebarang tindakan diambil berhubung kes tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:08
Isyak 8:17


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.