VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 07/09/2008

Golongan kurang bernasib baik terima sumbangan makanan

JOHOR BAHRU 6 Sept. - Kira-kira 10,000 penduduk kurang bernasib baik di tujuh buah negeri bakal menerima sumbangan makanan dan wang dalam program Jelajah Berbuka Puasa yang dilancarkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail di Masjid Pasir Pelangi di sini kelmarin.Siri jelajah amal anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) itu dijadual tiba di Masjid Tengkera, Melaka hari ini, sebelum menyambung perjalanan ke Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Kelantan.

Timbalan Pengerusi PBSM Johor Bahru, Velasamy Pillai berkata, sebanyak 400 penduduk daripada 180 keluarga di Johor menerima sumbangan yang turut ditaja Nestle Products Sdn. Bhd.

"Antara sumbangan itu ialah sekampit beras bersaiz 10 kilogram, wang tunai RM130 seorang dan cenderamata untuk meringankan beban golongan itu bagi menyambut Ramadan," katanya kepada pemberita di Masjid Pasir Pelangi di sini.

Sumbangan tersebut disampaikan Tunku Ibrahim kepada pemimpin setempat yang mewakili golongan memerlukan seperti ibu tunggal, anak yatim, fakir dan miskin.

Para hadirin turut dijamu dengan bubur lambuk yang turut mendapat sentuhan tangan Tunku Ibrahim sendiri.

Sementara itu, Pillai berkata, antara golongan kurang bernasib baik yang disasarkan untuk diberikan sumbangan di Melaka ialah 130 anak yatim dan 50 ibu tunggal.

Beliau turut menyeru agar lebih ramai pihak tampil memberikan sumbangan kepada projek amal yang dilaksanakan PBSM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.