Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 06/09/2008
Hasrat Ling bertanding Ketua Pemuda MCA berkubur

Hasrat Ling bertanding Ketua Pemuda MCA berkubur

06/09/2008 5:55pm

IPOH 6 Sept. — Hasrat Timbalan Ketua Pemuda MCA, Datuk Ling Hee Leong untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda MCA pada pemilihan parti 17 Oktober ini tidak kesampaian apabila tewas kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderiang, Dr Mah Hang Soon pada pemilihan jawatan Ketua Pemuda MCA Perak hari ini.

Ling, yang disebut-sebut bakal berhadapan dengan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong merebut jawatan Ketua Pemuda MCA yang tidak dipertahankan Datuk Liow Tiong Lai, hanya memperoleh 184 undi berbanding Dr Mah yang mendapat 366 undi dengan empat undi rosak pada pemilihan yang berlangsung di Dewan St John Ambulans di sini.

Ling, anak kepada bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, ketika ditemui pemberita sebelum keputusan rasmi diumumkan berkata beliau berpegang kepada kata-katanya sebelum ini untuk tidak bertanding sebarang jawatan lebih tinggi sekiranya tewas pada pemilihan hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Pemuda MCA yang disandangnya kini, beliau berkata: “Saya perlu pertimbangkannya. Kami akan menilai keadaan dan mencorakkan langkah daripada situ”.

Katanya, beliau akan memberi sokongan penuh kepada Dr Mah sekiranya Adun tunggal MCA di Perak itu berhasrat bertanding jawatan lebih tinggi di peringkat Pemuda MCA pusat. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN