ARKIB : 05/09/2008
Nasi ayam Hainan 'diburu' penggemar di bazar Ramadan
SEREMBAN 4 Sept. - Cukup menyelerakan apabila anda melihat hidangan nasi ayam di atas meja menanti untuk dinikmati pengunjung bazar Ramadan Ampangan di sini.
Lebih menarik lagi nasi nyam Hainan Seremban ini disaji dengan tiga perisa iaitu ayam goreng, ayam bakar dan ayam stim, selain nasi yang dihidangkan bersamanya mempunyai keenakan luar biasa.
Peniaganya, Hashim Abdullah, 39, berkata, setiap hari, dia dan pekerjanya akan menyediakan 150 ekor ayam untuk diedarkan di empat bazar Ramadan di negeri ini dan Melaka.
''Kami membuka perniagaan di bazar Ramadan Ampangan, Taman Tuanku Ja'afar, Taman Semarak di Nilai dan Alor Gajah, Melaka," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, daripada jumlah 150 ekor ayam itu, dia berjaya memperoleh sehingga 1,500 bungkus nasi sehari di kesemua empat bazar Ramadan berkenaan.
Ditanya apakah istimewanya Nasi Ayam Hainan Seremban ini, Hashim memberitahu sudah tentulah nasi dan ayamnya.
''Bagi menyediakan nasi ayam ini, kita mempunyai resipi tersendiri dan untuk menghasilkan keenakan nasinya, kita perap sehari beras yang sudah digoreng bersama ramuan rempah," katanya.
Jelasnya, bahan seperti halia, bawang, daun pandan dan minyak masak digunakan sebelum ia digoreng bersama beras untuk disimpan selama sehari sebelum dimasak keesokkan harinya.
Tambahnya, kesemua nasi bersama kelainan perisa ayamnya dijual pada harga RM4 sebungkus di empat lokasi bazar Ramadan yang disertainya.
''Saya mempunyai 17 pekerja dan mula beroperasi pukul 2 petang di semua bazar Ramadan itu. Sambutannya amat menggalakkan," katanya.
Hashim juga sedia menerima tempahan dan mereka yang berminat bolehlah menghubungi Nasi Ayam Hainan Seremban di alamat 1464, Jln BSS 1/4, Bandar Seremban Selatan, Sugai Gadut di sini atau menghubunginya di talian 013-6188893. ''Ayam pula, kita sediakan dengan tiga perasa supaya ia lebih aroma dan menjadi pilihan pelanggan kerana ada yang suka makan ayam goreng, ayam bakar dan ayam stim," katanya.
Golongan muda ejen pembangkang
Teliti punca ramai pengundi bandar tolak BN
Risda akan tarik balik bantuan
Jangan remeh usaha integrasi rakyat
Kerajaan negeri akan pergiat usaha jadikan Melaka selamat dilawati pelancong
280 hektar sawah bakal dibangun dengan projek tanaman padi Maswangi
Abd. Razak Tokoh Guru Jaim 2013
Arah henti kerja korek pasir
Tiada lagi projek rumah mewah di Melaka
Naim Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka baharu
Tingkatkan 'kepedulian' yang tinggi terhadap rakyat Negeri Sembilan
Jangan bergantung subsidi
RM4.9j wujud klinik pakar di Nilai
MAINS teruskan usaha lonjak kecemerlangan pendidikan ke peringkat tertinggi
ADUN bantu selesai masalah bekalan air
Melaka, Indonesia cadang wujud konsep TKI - Idris
Menghijau alam, melestari bumi
Semakin ramai sedar kepentingan hutan
Generasi kedua perlu rumah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









