Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 01/09/2008
Bola sepak: England ketepikan Owen

Bola sepak: England ketepikan Owen

01/09/2008 7:07pm

LONDON 1 Sept. - Michael Owen tidak mendapat tempat dalam skuad England yang akan membuka kempen kelayakan bola sepak Piala Dunia 2010 menentang Andorra dan Croatia, bulan ini.

Sebaliknya, tonggak Fulham, Jimmy Bullard dipanggil buat kali pertama untuk menguatkan barisan tengah yang kehilangan tiga pemain utama akibat kecederaan, Steven Gerrard, Owen Hargreaves dan Michael Carrick.

Owen gagal menambat hati pengurus pasukan, Fabio Capello yang menonton aksi bintang penyerang itu ketika Newcastle tumpas 3-0 kepada Arsenal, Sabtu lalu.

Melihat kehadiran Capello di Stadium Emirates, ramai menjangkakan Owen bakal menjadi sebahagian daripada 23 tonggak England yang akan membawa cabaran kelayakan Piala Dunia, apatah lagi dia menjaringkan gol kemenangan Newcastle ketika menentang Bolton dan Coventry dalam dua perlawanan pertama Liga Perdana.

Bagaimanapun Capello mempunyai alasan tersendiri mengapa dia mengetepikan Owen, salah seorang daripada hanya empat pemain yang telah menjaringkan 40 gol buat England.

“Owen merupakan pemain yang bagus dan selalu menjaringkan gol yang banyak buat England, tetapi dia bukan pemain yang kami mahukan ketika ini, kami memerlukan pemain yang cergas,’’ kata Capello, semalam.

– AFP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN