VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 27/08/2008

Rekod suka duka Olimpik Beijing

TIRAI Sukan Olimpik Beijing edisi ke-29 yang berlangsung selama 17 hari akhirnya dilabuhkan pada Ahad lalu dalam suasana penuh gemilang. Edisi ke-30 Sukan Olimpik akan diadakan empat tahun lagi dari sekarang iaitu di Kota London pada 2012. Edisi ke-29 kali ini dianggap sebagai Sukan Olimpik yang terbaik pernah diadakan dari segi penganjurannya, bermula dengan majlis perasmian, sepanjang acara itu berlangsung dan diakhiri dengan majlis penutup yang gilang gemilang.

Ada pemerhati sukan berpendapat agak sukar buat London sebagai tuan rumah Olimpik 2012 untuk mengikuti kejayaan China. Olimpik Beijing telah memperlihatkan dan meletakkan satu piawaian pengendalian pengurusan acara bertaraf dunia yang tinggi.

Kejayaan Olimpik Beijing memukau semua negara peserta yang mengambil bahagian dan peminat sukan seluruh dunia adalah kerana perancangan rapi China sebaik sahaja diistiharkan sebagai penganjur Sukan Olimpik 2008.

Semua pihak bekerja keras dalam memastikan Olimpik Beijing adalah yang terbaik dalam sejarah penganjuran acara sukan berprestij itu.

Bukan itu saja, China sebagai tuan rumah juga membuktikan kelebihan dan keupayaannya mencipta sejarah apabila muncul juara buat pertama kali dengan merangkul 51 emas mengatasi kuasa tradisi Olimpik, Amerika Syarikat (AS).

Lebih daripada 40 rekod dunia telah diperbaharui dan kebanyakannya dalam acara renang, angkat berat, olahraga, basikal trek dan memanah.

Atlet yang paling menonjol dan mencipta sejarah Olimpik ialah Michael Phelps, jaguh renang AS dan pelari pecut Jamaica, Usain Bolt. Phelps, 23, telah mencatat nama sebagai perenang legenda dan atlet paling berjaya dalam sejarah Olimpik apabila merangkul lapan pingat emas, mengatasi rekod legenda AS Mark Spitz yang meraih tujuh emas di Olimpik 1972 di Munich. Beliau dianggap atlet paling berjaya dalam sejarah Olimpik dengan pengumpulan 11 emas dan dua gangsa.

Acara pecut 100 meter acara yang dinanti-nantikan oleh semua peminat sukan memperlihatkan keunggulan pelari Jamaica, Usain Bolt yang berjaya memecahkan rekod dunianya sendiri iaitu 9.72 saat dengan kepantasan 9.69 saat. Selang empat hari kemudian, beliau mencipta satu lagi rekod dunia dalam acara 200 meter dengan masa 19.30 saat. Beliau mengulangi kejayaan meraih emas ketiganya dengan membantu kuartet pelari 4x100 meter berganti-ganti Jamaica dengan memperbaharui rekod dunia dengan kepantasan 37.10s.

Seperti pelari lelaki yang mengungguli acara pecut 100 meter, 200 meter, pelari jarak dekat wanita Jamaica turut mengikut jejak pelari jarak dekat lelaki dan satu pencapaian hebat yang selama ini didominasi oleh atlet AS.

MerangkulJika atlet China mengungguli acara gimnastik dan tenis meja, pelumba basikal Britain pula memonopoli kebanyakan acara berbasikal dalam dewan. Untuk acara gimnastik pula, China merangkul 9 emas daripada 14 pingat emas yang dipertandingkan. Pasukan bola tampar lelaki AS terpaksa menunggu 20 tahun sebelum menempah tiket ke perlawanan akhir setelah mengalahkan pasukan Rusia dalam perlawanan sengit 5 set.

Kalau diperhatikan bentuk fizikal badan atlet seperti Phelps dan Bolt, ia mempamerkan kehebatan bentuk badan ciri-ciri atlet unggul yang memberi kelebihan ketika bertanding di samping kemahiran dan keupayaan sebenar. Sebagai contoh, Phelps yang juga dipanggil Superfish mempunyai ketinggian 193cm, mampu menggunakan keadaan fizikal badannya lain daripada atlet lain - disifatkan seperti Dolphin berbanding perenang lain.

Di antara kelebihan Phelps ialah beliau mempunyai kekuatan jantung yang mampu mengepam 30 liter darah setiap satu minit ke ruang otot-otot dengan purata dua kali. Kekuatan jantung ini dapat membantu beliau mengambil bahagian pada tahap terbaik dua atau tiga kali sehari. Di samping itu, beliau mempunyai kekuatan paru-paru yang membolehkannya berada dalam air lebih lama, menghindarkan percikan dan tarikan sekiranya beliau muncul ke paras air lebih awal.

Seperti juga Olimpik terdahulu, Olimpik Beijing kali ini memperlihatkan suka, duka dan nostalgia para atlet yang mengambil bahagian. Atlet yang berjaya merebut pingat, lebih-lebih lagi emas akan bergembira.

Kepada atlet yang gagal suasana sedih menyelubungi tempat pertandingan diadakan. Bukan sahaja atlet merasa kesedihan yang amat sangat, jurulatih dan peminat turut berkongsi perasaan yang sama.

Irving Saladino menjadi atlet pertama Panama meraih emas apabila beliau menang acara lompat jauh dengan lompatan 8.34 meter. Saladino pernah mengalami memori buruk di Sukan Olimpik terdahulu apabila gagal melepasi pusingan kelayakan di Athens.

Liu Xiang, atlet lompat pagar 110 meter dunia China pula terpaksa menarik diri di pusingan kelayakan kerana kecederaan kaki. Kegagalan atlet tersebut menyebabkan ramai peminat sukan China menangis dan Liu juga menerima ucapan kesedihan daripada pemimpin atasan China.

Liu Xiang menekankan bahawa ia akan merampas semula takhta acara 110 meter lompat pagar dari Dayron Robles, juara Olimpik Beijing di Olimpik London 2012.

"Saya tidak kecewa melihat acara lompat pagar akhir. Sebaliknya, saya merasakan kemahuan untuk menjadi juara membuak-buak. Saya masih muda dan berpotensi. Saya masih mampu bersaing dengan Robles," kata Liu di kolum akhbar Liberation Daily.

Jelimo, 18 menjadi atlet wanita Kenya yang memenangi emas apabila beliau menang acara 800 meter. Bulan lepas, Jelimo berjanji kepada ibunya - yang gagal dalam olahraga pada awal 1970an - dengan kemenangan di Olimpik Beijing. Pada awal Julai, Jelimo berkata: "Ketika zaman ibu, tiada apa-apa motivasi dalam sukan".

BertandingBahkan apabila Jelimo berjaya dalam larian, terdapat individu yang cuba memperlekehkannya dengan berkata: "Jangan masuk bertanding - nanti ada orang yang akan menculik anda."

Perenang Belanda, Maarten Van der Weijden memenangi emas dalam acara renang maraton 10 kilometer lelaki sekali gus membuktikan ia sudah sembuh daripada penyakit leukemia. Van der Weijden memenangi acara renang maraton dengan penuh bergaya walaupun cuaca hujan ketika itu.

Paling berkesan di hati apabila atlet Georgia tetap meneruskan penglibatan masing-masing walaupun negara mereka diserang oleh tentera Rusia. Mereka tetap berpegang teguh kepada semangat Olimpik.

Begitu juga dengan atlet taekwondo Afghanistan, Rohullah Nikpai yang memenangi gangsa dalam acara 58 kilogram lelaki. Kekentalan atlet tersebut mengesahkan dalam keadaan bagaimana sekali pun, kejayaan boleh dicapai jika seseorang atlet itu mempunyai bakat dan gigih berusaha.

Sejak dari dahulu lagi, Sukan Olimpik tidak sunyi daripada episod para atlet mengambil dadah terlarang. Olimpik Beijing juga tidak terkecuali. Mengikut rekod hanya enam kes seumpama itu di Olimpik Beijing berbanding 25 kes semasa Olimpik Athens 2004.

Pingat perak atlet heptatlon, Lyudmila Blonska ditarik balik akibat dadah. Blonska disahkan positif steroid selepas mendapat tempat kedua dalam acara heptatlon. Blonska juga berhadapan dengan pengharaman seumur hidup akibat daripada kesalahan dadah yang kedua.

Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) membatalkan atlet angkat berat Ukrain, Igor Razoronov setelah beliau didapati positif mengambil dadah.

Tiada atlet dari AS, Rusia, Britain, Jerman atau Australia terlibat dengan dadah kali ini. Bagaimanapun, sama ada Olimpik Beijing tergolong sebagai Olimpik yang terbersih kita akan lihat pada tahun 2016.

Presiden IOC, Jacques Rogge menyatakan sampel akan disimpan secara beku untuk la- pan tahun. Dunia telah pun mengalami pengalaman seumpama yang melibatkan Marion Jones di Olimpik Sydney 2000. Kini Jones berada dalam lokap dan telah mencemar nama baiknya.

Setakat ini lebih daripada 4,600 ujian telah dilakukan oleh IOC sepanjang temasya sukan tersebut berlangsung.

Beberapa kontroversi berlaku dalam acara gimnastik wanita China dan lelaki. Atlet gimnastik wanita China dikatakan tidak sampai had umur iaitu 16 tahun.

Satu lagi kontroversi melibatkan perkiraan markah acara gimnastik lelaki. Kontroversi dikatakan berlaku ke atas Horton yang memperolehi markah 16.175 berbanding gimnastik China, Zou yang mendapat markah 16.20 walau pun persembahan Horton dilihat lebih baik berbanding Zou.

Teknologi mempunyai kesan ke atas prestasi atlet. Mengikut Berita Nanoweek, Olimpik Beijing diperkenalkan dengan penggunaan nanoteknologi dalam menghasilkan spike. Spike asimetrikel yang menggunakan nanoteknologi dikatakan dapat memberi prestasi atlet lebih berkesan, tahap keyakinan yang tinggi dan stabil. Persaingan bukan sahaja di kalangan para atlet, tetapi membuka ruang perlumbaan teknologi pada masa yang sama. Pakaian baju renang Speedo telah mengiyakan kesan teknologi ke atas pencapaian atlet renang dunia setakat ini.

Empat tahun lagi para atlet Olimpik dunia akan berkampung sekali lagi di kota London untuk beradu kehebatan. Episod hebat dan bergaya Olimpik Beijing tetap tidak akan dilupakan oleh para atlet sekalian. Olimpik London 2012 dijangka dapat memberi semangat dan harapan baru Sukan Olimpik dengan lebih bermakna lagi selari dengan moto Olimpik, 'Faster, fitter and higher'. Sayonara Beijing dan Aloha London!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.