VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 22/08/2008

Pengarah Pendidikan ATM ketuai senarai penerima pingat


Tuanku Ja'afar berkenan menganugerahkan pingat kepada Brigedier Jeneral Anuar Sabtu di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, semalam.


KUALA PILAH 21 Ogos - Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brigedier Jeneral Anuar Sabtu mengetuai senarai penerima darjah kebesaran dan pingat kali kedua sempena Hari Keputeraan ke-86, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Beliau menerima Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Datuk pada majlis yang berlangsung di Istana Besar, Seri Menanti, di sini hari ini.

Turut menerima DSNS ialah Naib Pengerusi Wanita Gerakan, Chin Nyuk Chin; Pengarah Urusan Teamcoat Engineering Sdn. Bhd., Ir. Md. Nasir Ibrahim; Ketua Pengarah Material Markas Tentera Laut, Laksamana Mohd. Noh Lebai Mahat; Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Rembau, Lee Kong Fee.

Penerima lain DSNS ialah Pengarah Urusan Global Soft (MSC) Bhd., Low Kok Thai; Timbalan Setiausaha Kehormat Kelab Alumni UMNO Luar Negara, Mohammad Caezar Musa; Pengarah Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Yusof Othman; Timbalan Presiden Persatuan Doktor Pakar, Prof. Dr. Syed Mohamed Al Junid Syed Junid; peniaga, Saudagar Singh a/l Habira Singh dan Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Zaini Abd. Rahman.

Penerima Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (DPTJ) yang juga membawa gelaran Datuk pula ialah Pengarah Pelajaran negeri, Abdullah Muhammad dan Timbalan Ketua Pengarah (IPTA) Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Mohd Yusof Kasim.

Turut menerima DPTJ ialah Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan, Fauziah Yaacob; Pengerusi Eksekutif Best Food Industries, Ir. Mokkam Singh a/l Tara Singh; Pengarah Innologistic Sdn. Bhd., Lim Kim Lee; Pengurus Agensi Public Mutual, Loh Kim Heong; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Mohid Mohamed dan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia Jabatan Perangkaan, Nafsiah Abu Bakar.

Penerima lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Digicert Sdn. Bhd., Noor Azli Othman; Pengarah Eksekutif Konsortium Temokin-Cila Jelas JV Sdn. Bhd., Nor Arfudi Abdul Razak; Pengarah Urusan Teknik Juta Suria Sdn. Bhd., Ooi Chong Seong; Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Politik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Mohd. Haniff Hanuddin; Pengarah Urusan PKT Logistics, Tio Boon Yiaw; Pengarah Urusan Jasamaju Enterprise, Jaapar Jantan dan Ketua Eksekutif Felcra Bhd., Mohd. Nasir Baba.

Pada majlis penganugerahan kali kedua ini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, menyaksikan seramai 171 orang menerima darjah kebesaran dan pingat daripada Tuanku Ja'afar.

Seramai 10 orang menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS), 15 penerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), lima penerima Jaksa Pendamai (JP), 30 penerima Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS), 35 penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PMC) dan 50 lagi menerima Pingat Jaksa Kebaktian (PJK).

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.