Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 22/08/2008
Rakyat Perak perlu sedar kesilapan

Rakyat Perak perlu sedar kesilapan

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Rakyat Perak harus membuka mata kerana kesilapan mereka tidak memilih Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat Perak juga perlu sedar harga mahal yang telah mereka bayar kerana memberi mandat kepada kerajaan campuran Perak untuk memerintah negeri itu.

Menurut beliau, penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) menunjukkan bukti, pemerintahan oleh pakatan pembangkang itu semakin lama akan terus menimbulkan pelbagai masalah.

‘‘Saya fikir makin lama mereka memerintah lagi banyak masalah akan timbul, saya harap rakyat Perak akan sedar mengenai perkara ini dan kerajaan ini perlu ditukar,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selepas melancarkan program televisyen Tijarah Ramadan Musim Keempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh mengulas mengenai penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak oleh BPR kerana disyaki terlibat dalam sogokan wang lebih RM100,000 dan seks bagi mempercepatkan kelulusan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

Mengulas lanjut beliau berkata, hanya dalam tempoh enam bulan pemerintahan pakatan pembangkang di Perak selepas memenangi pilihan raya pada 8 Mac lalu, mereka telah memperlihatkan ‘kuasa’ untuk kepentingan peribadi.

Beliau berkata, penahanan dua exco bersama empat orang lagi membuktikan kerajaan campuran Perak tidak telus seperti yang dilaung-laungkan sewaktu pilihan raya lalu.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN